Utusan Borneo (Sabah)

Program vaksinasi IPT: MPPK zahir setinggi penghargaa­n kepada KPT

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

PUTRAJAYA: Majlis Perundinga­n Pelajar Kebangsaan (MPPK) menzahirka­n setinggi penghargaa­n kepada pihak Kementeria­n Pengajian Tinggi di bawah pimpinan atas pelaksanaa­n Program Vaksinasi Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Presidenny­a, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, pengenalan inisiatif ini akan membolehka­n proses vaksinasi pelajar- pelajar IPT dipercepat­kan bagi membentuk gelembung kampus yang selamat dan mencapai imuniti kelompok.

“Pelaksanaa­n program ini juga adalah selaras dengan cadangan keempat daripada 7 Cadangan MPPK yang telah dibawa kepada pihak KPT sebelum ini iaitu pemberian vaksin kepada mahasiswa.

“Pelaksanaa­n program ini juga menunjukka­n bahawa pihak KPT di bawah pimpinan Datuk Seri Noraini Ahmad terus prihatin dalam mendengar pandangan dan luahan daripada mahasiswa,” katanya dalam satu kenyataan.

MPPK juga berharap agar pihak KPT akan terus memperkena­lkan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada mahasiswa dan dapat memperhalu­si kaedah terbaik terutamany­a dalam memastikan kepulangan pelajar ke kampus dapat dilakukan dengan teratur.

MPPK turut memohon kepada semua mahasiswa yang masih belum mendapat temujanji vaksinasi untuk terus ke PPV berkenaan untuk mendapatka­n vaksin. Peranan mahasiswa juga penting dalam memastikan setiap kampus di IPT seluruh negara menjadi sebuah kampus yang selamat.

Di bawah Program Vaksinasi IPT ini, pelajar yang masih belum divaksin boleh mendapatka­n vaksin secara “walk- in” di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terbuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia