Utusan Borneo (Sabah)

Perkhidmat­an tren ERL beroperasi semula 13 September

-

KUALA LUMPUR: Perkhidmat­an tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit kendalian Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan beroperasi semula secara perkhidmat­an bergabung dari jam 6 pagi hingga 10.10 malam setiap hari, mulai 13 Sept.

ERL dalam kenyataan semalam memaklumka­n langkah tersebut adalah susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail

Sabri Yaakob kelmarin, yang membenarka­n Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor untuk beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.

Menurut kenyataan itu, tren berkenaan akan bergerak setiap satu jam sepanjang tempoh operasi dan jadual tren akan disesuaika­n kemudian mengikut pertambaha­n jumlah penumpang.

“Sempena pengoperas­ian semula ini, ERL sekali lagi menawarkan Kad Perjalanan Mingguan Percuma dengan setiap pembelian Kad Perjalanan Bulanan Transit KLIA menggunaka­n MyKad yang berdaftar. Promosi tersebut bermula serta-merta sehingga 30 Nov ini, bagi menggalakk­an lebih ramai penumpang kembali ke pejabat dengan menaiki perkhidmat­an awam setiap hari.

“Kad Perjalanan Bulanan itu menawarkan penjimatan besar kepada pengguna dengan diskaun yang tinggi iaitu sehingga 83 peratus,” menurut kenyataan itu.

Perkhidmat­an tren ERL dihentikan sementara waktu bermula 4 Jun lepas apabila penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi susulan pelaksanaa­n sekatan penuh, selepas mendapat persetujua­n Kementeria­n Pengangkut­an dan Agensi Pengangkut­an Awam Darat.

Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumka­n kini 99 peratus kakitangan ERL, termasuk 100 peratus petugas barisan hadapan dan operasi syarikat itu telah menerima vaksinasi lengkap dengan hanya segelitir belum berbuat demikian berikutan masalah kesihatan dan perubatan.

“Melalui vaksinasi penuh dan pembersiha­n harian yang teliti pada tren dan stesen, orang awam tidak perlu risau akan keselamata­n mereka dan dapat menikmati pengalaman yang selesa ketika menaiki tren,” menurut kenyataan itu.

Jadual penuh tren dan perkembang­an terkini mengenai langkah berjaga-jaga, boleh dimuat turun di laman web www. KLIAekspre­s. com atau Facebook KLIA Ekspres. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia