Utusan Borneo (Sabah)

‘Air boreng’ jadi sumber alternatif baharu penduduk Kuala Nerus, Terengganu

-

KUALA NERUS: Krisis gangguan bekalan air di daerah Kuala Nerus dan sebahagian Kuala Terengganu sejak 2 Ogos lepas menyebabka­n penduduk mencari alternatif sumber air bersih baharu antaranya telaga tiub bagi melancarka­n urusan harian mereka.

Situasi ini menyebabka­n penggerudi telaga tiub atau lebih dikenali ‘air boreng’ oleh penduduk tempatan, tidak menang tangan melayan permintaan orang ramai.

Pengurus Airlaju Home Solution, Mohammad Rizal Busari berkata secara purata, syarikatny­a mampu membuat dua projek air boreng setiap hari dengan bantuan lapan pekerja.

“Bagi meringanka­n beban kewangan pelanggan, saya turut menawarkan bayaran ansuran secara bulanan tanpa faedah iaitu RM1,500 untuk tiga bulan, maklumlah semua orang pun susah pasca pandemik COVID-19 ini.

“Ramai pelanggan yang mengambil pakej ansuran ini kerana tidak perlu mengeluark­an wang dalam jumlah yang banyak sekali gus. Bagi kami pula, bukan keuntungan banyak yang dicari, sebaliknya rasa mahu menolong orang dalam kesusahan, sebab itu tawarkan bayaran secara ansuran,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Krisis gangguan bekalan air di dua daerah itu berlaku pertama kali pada 2 Ogos lepas berpunca daripada pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu melibatkan 28,700 akaun pengguna iaitu hampir 150,000 penduduk.

Bekalan air bersih kembali pulih secara berperingk­at pada 13Ogos, namuntidak­kekallama apabila paip yang telah dibaiki patah semula dan proses baik pulih kali ini mengambil masa 20 hari dengan jangkaan siap pada 12 Sept depan.

Seorang lagi penggerudi, Mohd Nafi Sulong, 38, berkata permintaan sangat tinggi ketika ini sehingga beliau terpaksa meninggalk­an sementara kerja hakikinya iaitu menjual air soya di gerai tepi jalan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Sebelum ini, saya buat air boreng secara sampingan sahaja kerana tak ada orang pun yang berminat dengan sumber air bawah tanah...kalau ada pun cuma pemilik kebun atau dusun yang mahukan sistem pengairan bersistema­tik. Namun kali ini permintaan memang luar biasa, setiap hari ada orang minta khidmat air boreng kerana ia lebih mudah, air pun lebih bersih dan banyak mineral yang bagus untuk kesihatan,” katanya.

Bagi Roslan Mohd Nor, 43, beliau akan memastikan pelanggann­ya mendapat air bersihmesk­ipunterpak­samenggeru­di di beberapa lokasi kerana tidak semua tempat mempunyai sumber air bawah tanah yang sesuai.

“Setakat ini, saya sudah buat di lebih 20 lokasi sejak krisis gangguan bekalan air bermula dan hanya mengambil upah RM600 sahaja manakala kos pembelian peralatan ditanggung pelanggan kerana ia tidak sama bergantung pada lokasi rumah dan spesifikas­i pam atau enjin mengikut kehendak masingmasi­ng,” katanya yang dibantu tiga pekerja.

Sementara itu, Pensyarah Kanan bidang Oseanograf­i Kimia di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Adiana Ghazali berkata pemilihan air boreng sebagai alternatif sumber air minuman dan masakan perlu merujuk piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan (KKM) berdasarka­n garis panduan kualiti air minuman bagi menjaga kesihatan pengguna.

Beliau berkata pengguna juga boleh merujuk kepada piawaian yang telah dikeluarka­n oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia iaitu garis panduan kualiti air tanah bagi rawatan air mentah secara konvension­al (air minuman). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENANAM PAIP: Mohammad Rizal (kanan) dan Mohd Hafizi melakukan kerja-kerja menanam paip selepas menggerudi telaga tiub atau lebih dikenali air boreng ketika ditemui di Masjid Nur Bakti, Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama MENANAM PAIP: Mohammad Rizal (kanan) dan Mohd Hafizi melakukan kerja-kerja menanam paip selepas menggerudi telaga tiub atau lebih dikenali air boreng ketika ditemui di Masjid Nur Bakti, Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MEMBANTU: Mohd Nafi (tengah) dan adik dan Abdul Rajab (kiri) melakukan kerja-kerja menggerudi telaga tiub atau lebih dikenali air boreng ketika ditemui di Kampung Telari, Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama MEMBANTU: Mohd Nafi (tengah) dan adik dan Abdul Rajab (kiri) melakukan kerja-kerja menggerudi telaga tiub atau lebih dikenali air boreng ketika ditemui di Kampung Telari, Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia