Utusan Borneo (Sabah)

Djokovic tekad tandingi rekod kejuaraan Laver

Beliau kurang dua perlawanan untuk menandingi rekod kejuaraan Grand Slam Laver pada tahun 1969

-

“Saya fikir ia adalah prestasi keseluruha­n ” terbaik. Novak Djokovic Jaguh tenis Serbia

NEW YORK: Novak Djokovic kini hanya kurang dua perlawanan untuk melengkapk­an kalendar kejuaraan Grand Slam ( empat kejuaraan Grand Slam pada tahun yang sama) buat kali pertama dalam tempoh 52 tahun adengan menewaskan Matteo Berrettini dari Itali untuk melangkah ke peringkat separuh akhir perseorang­an lelaki di Terbuka Amerika (AS) pada Rabu.

Djokovic, pemain pilihan pertama kejohanan yang juga pemain nombor satu dunia, meneruskan rekod kemenangan pada kejohanan Grand Slam sebanyak 26 berturuttu­rut apabila menewaskan Berrettini, pilihan keenam kejohanan, 5- 7, 6- 2, 6- 2 dan 6-3 di Stadium Arthur Ashe.

“Saya fikir ia adalah prestasi keseluruha­n terbaik,” kata Djokovic, menggelar tiga set terakhirny­a sebagai “tiga set terbaik yang pernah saya harungi pada kejohanan ini.”

Djokovic memburu rekod menjadi pemain pertama untuk memenangi kesemua kejuaraan Grand Slam dalam tahun yang sama sejak Rod Laver pada 1969.

Jaguh Serbia berusia 34 tahun itu juga memburu kejuaraan keempatnya di sini dan rekod kejuaraan Grand Slam ke- 21, yang meletakkan­nya di hadapan dua jaguh veteran, Roger Federer dan Rafael Nadal, yang tidak beraksi di sini kerana kecederaan.

Di separuh akhir, Djokovic akan bertemu juara perseorang­an lelaki di Sukan Olimpik Tokyo, Alexander Zverev.

Zverev, pemain pilihan keempat dari Jerman, melanjutka­n rentak kemenangan berturut-turut kepada 16 perlawanan apabila menewaskan pemain Afrika Selatan, Lloyd Harris 7-6 (8/6), 6-3 dan 6-4.

“Ia pastinya menarik bermain di separuh akhir,” kata Zverev.

Zverev, yang muncul naib juara di sini, melangkah ke peringkat separuh akhir yang keempatnya pada kejohanan Grand Slam.

Zverev berasa teruja bermain di hadapan penonton penuh di Stadium Arthur Ashe selepas penonton tidak dibenarkan hadir pad kejohanan ini tahun lepas kerana pandemik COVID-19.

“Tahun lepas saya memenangi perlawanan separuh akhir dengan dihadiri enam orang,” kata Zverev. “Jadi ia menarik untuk melihat penonton kembali.”

Zverev menerima tentangan kuat pada set pertama, yang berkesudah­an dengan permainan tiebreak, dengan Harris mempunyai mata akhir set pertama tetapi gagal menyempurn­akannya, memberikan Zverev peluang untuk memenangi set pertama.

“Dia melakukan servis yang luar biasa, terutama sekali pada set pertama” kata Zverev. “Bagaimanap­un, saya berjaya memenangi permainan tiebreak itu dan ia mengurangk­an tekanan saya.

“Saya benar-benar gembira untuk meneruskan kemaraan dengan hanya tiga set.”

Harris berang dengan permainann­ya selepas set pertama, di mana dia membaling botol ke atas gelanggang, menyebabka­n permukaan gelanggang basah dan memaksa pengutip bola mengeringk­annya dengan tuala.

Zverev mendahului awal 2- 0 pada set kedua dan mengekalka­n rentak pada baki dua set seterusnya untuk meneruskan kemaraan ke separuh akhir.

Dia menamatkan permainan dalam masa dua jam dan enam minit dengan pukulan servis kencang yang ke-21 pada perlawanan itu.

Zverev juga melakukan 43 pukulan kemenangan berbanding 34 oleh Harris ketika kedua- dua pemain melakukan 26 kesilapan mudah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SEMANGAT KESUKANAN: Djokovic (kiri) berjabat tangan dengan Berrettini selepas tamat perlawanan di antara mereka berdua pada kejohanan Terbuka AS di New York.
— Gambar AFP SEMANGAT KESUKANAN: Djokovic (kiri) berjabat tangan dengan Berrettini selepas tamat perlawanan di antara mereka berdua pada kejohanan Terbuka AS di New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia