Utusan Borneo (Sabah)

Albon akan kembali ke F1 musim depan

-

PARIS: Alex Albon akan kembali ke Formula Satu (F1) musim hadapan selepas bersetuju satu perjanjian untuk berlumba bersama pasukan Williams.

Pemandu Thailand kelahiran London itu akan mengisi tempat George Russell, yang mengesahka­n akan menyertai Mercedes pada tahun hadapan.

Albon, 25, diganti oleh Sergio Perez di Red Bull selepas bergelut mengekalka­n saingan dengan Max Verspatten pada musim penuh pertama bersama pasukan.

Tetapi selepas 12 bulan tidak berlumba, Albon akan diberikan peluang kedua dalam F1.

Albon akan berganding­an dengan Nicolas Latifi, yang dikekalkan sebagai pemandu Williams untuk musim ketiga.

“Saya benar- benar teruja dan tidak sabar untuk kembali ke F1 pada 2022,” kata Albon, yang merupakan pemandu simpanan Red Bull pada tahun ini.

“Apabila anda berehat satu tahun dari F1, ia tidak pernah pasti anda akan kembali, jadi saya amat berterima kasih kepada Red Bull dan Williams kerana mempercaya­i saya dan membantu saya dalam perjalanan kembali ke perlumbaan sebenar.”

Albon membuat penampilan sulung dalam F1 bersama pasukan Toro Rosso pada 2019 sebelum memandu untuk pasukan Red Bull selepas hanya 12 perlumbaan.

Tetapi walaupun menaiki dua podium pada 2020, dia menamatkan saingan dengan 109 mata dan kurang empat tempat berbanding rakan sepasukann­ya, Verstappen dan hilang tempat bersama pasukan untuk tahun ini.

Bagaimanap­un, Red Bull, yang melanjutka­n kontrak Perez untuk satu musim lagi, berusaha untuk meminjamka­n Albon ke Williams - yang disukarkan oleh perjanjian pasukan Williams dengan enjin keluaran Mercedes. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia