Utusan Borneo (Sabah)

Raducanu singkirkan Bencic dari Terbuka AS

-

NEW YORK: Pemain remaja berusia 18 tahun Britain, Emma Raducanu, menjadi pemain kelayakan yang melangkah ke peringkat separuh akhir perseorang­an wanita Terbuka Amerika (AS) apabila mengejutka­n juara Sukan Olimpik, Belinda Bencic 6-3 dan 6-4 pada Rabu.

Pemain yang berada pada ranking ke-150 dunia itu, dijangka akan menjadi pemain nombor satu (wanita) Britain, tidak sedar tentang impak sejarah dari aksi memberangs­angkannya di Terbuka AS.

Raducanu, pemain kelayakan keempat yang melangkah ke peringkat separuh akhir satu kejohanan Grand Slam, menjadikan Bencic, pemain pilihan ke-11 dari Switzerlan­d sebagai mangsa terbaharu pada karier muda ketika mencipta sejarah di New York.

“Ia benar-benar perlawanan sukar,” kata Raducanu. “Saya benar-benar gembira untuk meneruskan kemaraan.”

Tetapi dia tidak menyedari impak pencapaian luar biasa ini kerana memberi fokus kepada permainann­ya berbanding mercu tanda yang tercipta.

“Saya sebenarnya tidak tahu tentang apa-apa rekod,” kata Raducanu. “Ia adalah kali pertama saya mendengar saya adalah pemain kelayakan pertama melangkah ke separuh akhir. Saya tidak mengetahui­nya.

“Saya datang ke sini untuk mengejar mana-mana rekod. Saya hanya melakukan apa yang perlu dilakukan pada hari perlawanan. Saya belum lagi memikirkan tentang perlawanan seterusnya (separuh akhir).”

Di separuh akhir, Raducanu akan menentang pilihan ke- 17 dari Greece, Maria Sakkari, yang mengejutka­n pilihan keempat dari Republik Czech, Karolina Pliskova 6-4 dan 6-4.

Sakkari, yang kali pertama melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan Grand Slam ialah pada bulan Jun di Terbuka Perancis, juga menyingkir­kan juara 2019, Bianca Andreescu, pilihan keenam dari Kanada dan pilihan ke-10 dari Republik Czech, Petra Kvitova untuk melangkah ke separuh akhir di sini.

Ditanya tentang cabaran Raducanu, Sakkari berkata:

“Ia bagus untuk sukan tenis wanita. Kami mempunyai begitu ramai pemain muda bermain dengan sangat baik ketika ini. Saya percaya dengan diri saya dan percaya dengan permainan saya.”

Jika menang, Raducanu akan menjadi pemain kelayakan pertama yang melangkah ke final satu kejohanan Grand Slam, selepas membuat penampilan sulung di Grand Slam pada kejohanan di Wimbledon di mana dia melangkah ke sehingga ke pusingan keempat.

Dia cuba menjadi pemain wanita British pertama yang memenangi satu kejuaraan Grand Slam sejak Virginia Wade di Wimbledon pada 1977 dan pemain wanita British pertama memenangi Terbuka AS sejak Wade pada 1968.

Dia juga merupakan pemain wanita paling muda melangkah ke separuh akhir Terbuka AS sejak Maria Sharapova pada 2005, walaupun dia hanya beberapa bulan lebih muda berbanding Lelyah Fernandez, 19, dari Kanada yang akan bertemu pilihan kedua, Aryna Sabalenka dari Belarus untuk perlawanan separuh akhir kedua.

“Untuk melihat begitu ramai pemain muda bermain dengan baik, ia menunjukka­n betapa kuatnya generasi akan datang,” kata Raducanu.

Pemenang sulung kejuaraan Grand Slam bahagian wanita sudah terjamin di Terbuka AS.

Hanya pemain bukan pilihan, Billie Jean King pada 1979 dan Kim Clijsters pada 2009, melangkah ke separuh akhir di sini ketika berada pada ranking lebih bawah berbanding Raducanu, yang juga belum tewas satu set setakat kejohanan ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TENANG: Raducanu beraksi menentang Bendic pada pertemuan Terbuka AS di New York.
— Gambar AFP TENANG: Raducanu beraksi menentang Bendic pada pertemuan Terbuka AS di New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia