Utusan Borneo (Sabah)

Aksi kecoh di antara Nice dan Marseille diadakan semula

-

PARIS: Nice dan Marseille harus bermain semula perlawanan tegang pada 22 Ogos lalu yang bertukar menjadi kekacauan, di gelanggang berkecuali dan tanpa penonton, menurut peraturan Liga Profesiona­l Perancis (LFP) pada Rabu.

Nice juga dipotong dua mata dalam Ligue 1, walaupun satu mata digantung.

Nice mendahului Marseille 1-0 pada perlawanan di Stadium Allianz Riviera ketika berbaki 15 minit permainan apabila pemain Marseille, Dimitri Payet terkena botol dibaling dari arah penonton dan dia bertindak membaling semula botol itu kembali ke arah penonton ketika rakanrakan sepasukann­ya berang dengan tindakan penyokong Nice.

Reaksi Payet itu menyebabka­n kemarahan beberapa penyokong Nice, yang bertindak menceroboh padang dan pergaduhan juga tercetus di antara pemain, kakitangan pasukan, penonton dan petugas stadium. Jurulatih Marseille, Jorge Sampaoli juga terpaksa ditenangka­n kakitangan­nya sendiri. Perlawanan ditangguhk­an selama lebih satu jam dan akhirnya dihentikan sebelum tengah malam waktu tempatan selepas Marseille enggan kembali ke dalam padang.

Pemain Nice kembali dalam padang dan pengadil meletakkan bola di mana permainan dihentikan sebelum akhirnya meniup wisel untuk memberhent­ikan terus perlawanan.

Ketika membuat keputusan, LFP menjatuhka­n hukuman penggantun­gan satu perlawanan kepada Payet dan penggantun­gan dua perlawanan kepada pemain pertahanan Marseille, Alvaro Gonzalez kerana menendang bola ke arah penonton.

Penolong jurulatih Marseille, Pablo Fernandez digantung untuk baki musim kerana menumbuk seorang penyokong Nice.

Nice juga diarahkan bermain tiga perlawanan di tempat sendiri mereka tanpa penonton.

“Keputusan ini menunjukka­n keseriusan insiden ini,” kata Sebastien Deneux, yang mengetuai suruhanjay­a disiplin liga. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia