Utusan Borneo (Sabah)

JANS laksana catuan berjadual pengguna di utara Kota Kinabalu

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah melaksanak­an catuan berjadual kepada pengguna di beberapa kawasan utara Kota Kinabalu bagi memberi laluan bekalan air kepada penduduk terjejas.

Setiausaha Perhubunga­n Awam Kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Alfian Sambas berkata, ia berikutan permintaan bekalan air semasa di kawasan Kota Kinabalu melebihi 30 peratus daripada jumlah pengeluara­n air terawat yang dibekalkan kepada pengguna.

Katanya, disebabkan pengeluara­n dari Loji Rawatan Air (LRA) tersebut tidak dapat menampung permintaan semasa, catuan bekalan air terpaksa dilaksanak­an disamping penghantar­an air melalui tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas teruk.

“Jumlah pengeluara­n agihan bekalan air daripada LRA Telibong 1 dan 2 ialah 164 JLH namun kekurangan sebanyak 49 JLH (30 peratus) memberikan kesan yang besar kepada pengguna bekalan air di kawasan tersebut.

“Walaupun pengeluara­n air semasa LRA Telibong 1 dan 2 telah melebihi rekabentuk kapasiti asal 144 JLH kepada 164 JLH, tetapi pengeluara­n bekalan air masih tidak dapat menampung permintaan penguna sejak dari tahun 2015,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini semalam sebagai mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yakub Khan dalam sebuah portal yang meminta Pengarah JANS meletakkan jawatan jika tidak serius menangani masalah air khususnya di kawasan Sepanggar.

Menurut Alfian, ekoran daripada itu, JANS telah menyediaka­n dua buah lori tangki air yang berkapasit­i 13,000 liter dan khidmat lori tangki swasta sebanyak 5.3 Juta liter.

Katanya, lori berkenaan akan mengagihka­n bekalan air kepada para pengguna di kawasan kritikal seperti klinik, sekolah, dan tangki statik yang telah disediakan oleh pihak pengurusan perumahan.

Menurut beliau Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin memandang seriuas perkara ini dan pelbagai langkah jangka panjang dan pendek telah dibincangk­an dengan JANS bagi menangani perkara ini.

“Selain itu, JANS turut melaksanak­an beberapa tindakan penyelesai­an jangka pendek bagi memastikan bekalan air di beberapa kawasan di utara Kota Kinabalu sentiasa mencukupi.

“Antaranya, cadangan pembinaan ‘Urgent Water Supply Scheme’ ( UWSS) LRA Telibong 1, Tamparuli oleh JETAMA Sdn Bhd Sebanyak 5 JLH dimana mereka telah melantik kontraktor pelaksana dan projek ini dijangka siap September 2022,” katanya.

Katanya, selain itu tindakan lain JANS juga meliputi cadangan pembinaan UWSS LRA Telibong II, Tamparuli sebanyak 10 JLH dan projek ini dijangka dapat dilaksanak­an pada bulan September 2022 ini seperti yang dirancang.

Tambahnya, JANS dalam masa yang sama sedang menyelaras­kan permohonan­permohonan pihak- pihak swasta yang berpotensi dan berpengala­man dalam pengeluara­n air terawat.

“Selain itu masalah air khususnya di kawasan Sepanggar dan sekitarnya dijangka akan dapat di atasi apabila projek Loji Rawatan Air Telibong Fasa 2 beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2023,” tambah Alfian.

Dalam pada itu, Alfian berkata, masalah kekurangan bekalan air ini juga bertambah teruk dengan adanya aktiviti penyambung­an haram yang berleluasa di beberapa kawasan setinggan.

Katanya, antara kawasan yang sering membuat sambungan haram termasukla­h di Kampung Tebobon Baru, Kampung Delima, Kampung Brunei, Kampung Sepakat Baru, Kampung Suang Parai, Kampung Pulau Penampang, Kampung Lokub, Kampung Gentisan, Kampung Numbak dan kawasan sekitar Sepanggar, yang di ramalkan lebih dari 6 JLH.

“Justeru itu, JANS turut melaksanak­an pengawalan aktiviti penyambung­an haram dan kecurian air bersepadu bersama agensi lain seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Jabatan Tanah Ukur (JTU); Polis; Jabatan Imigresen Malaysia (JIM); Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) dan Rela selain pemimpin setempat.

“Pihak jabatan khususnya turut mempergiat usaha dan penguatkua­saan bagi membantera­s aktiviti penyambung­an haram dan kecurian aset JANS,” katanya.

Sementara itu, Alfian berkata, hujan lebat di beberapa kawasan di pantai barat Sabah turut menjejaska­n agihan bekalan air di kawasan liputan LRA Telibong 1 dan 2 dimana air tidak dapat diproses kerana terlalu keruh.

Katanya, antara kawasan terjejas Universiti Utara Condominiu­m, Universiti Condominiu­m Apartment 2, Biz Hub/Grand Merdeka Mall di Bandar Seirra, Putera Perdana Telipok, Putera Jaya, Tobobon Bukit, Kg Rakyat Baru. (Tobobon), Kg Kaliangau (Manggatal), Pusat Tahanan sementara, Kg Dato, Kg Muhibbah, Taman Wangsa Maju, Taman Putera Mas, Bakti Iklas perumahan dan Bukit Sepanggar/Indah Permai.

Manakala di Kg Malawa, Taman Malawa Jaya, Perumahan Jaya Diri, Perumahan Bukit Setia, Perumahan Seri Gayang dan sebahagian KKIP Selatan turut mengalami gangguan agihan air.

 ??  ??
 ??  ?? TINJAU: Sebelum ini Bung turut melakukan tinjauan ke Loji Penapis Air Telibong 2 bagi melihat proses pembinaan yang giat dilaksanak­an.
TINJAU: Sebelum ini Bung turut melakukan tinjauan ke Loji Penapis Air Telibong 2 bagi melihat proses pembinaan yang giat dilaksanak­an.
 ??  ?? ALFIAN SAMBAS
ALFIAN SAMBAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia