Utusan Borneo (Sabah)

5 Div berjaya capai imuniti kelompok

Seramai 99.9 peratus daripada warganya sudah lengkap menerima vaksin

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) berjaya mencapai imuniti kelompok COVID- 19 selepas 99.9 peratus daripada warganya sudah lengkap menerima vaksin.

Panglima 5 Div, Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid, berkata hanya 0.1 peratus bersamaan lima individu serta anggota belum menerima vaksin disebabkan faktor tidak dapat dielakkan.

“Faktor yang tidak membolehka­n individu ini divaksin termasukla­h disebabkan mengandung serta mengalami alahan.

“Kesemua kem Tentera Darat yang ada di Sabah serta warga 5 Div termasuk kakitangan awam, ahli keluarga serta pekerja luar sudah menerima vaksin.

“Kita juga mengucapka­n terima kasih kepada pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang meluluskan permohonan untuk menyalurka­n bekalan vaksin yang mencukupi ke sini,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Hari Ulang Tahun ke-2 Formasi 5Div di Kem Lok Kawi di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya sedang dalam perancanga­n melaksanak­an Projek Jiwa Murni (PJM) Army Combat Medic Vaccinatio­n Program (ACMVP) di Nabawan sebagai langkah mempercepa­tkan proses vaksinasi di Sabah.

“Sepertiman­a yang diketahui umum terdapat lima daerah di Sabah yang mana suntikan vaksin satu dos tidak mencapai 50 peratus termasuk di Tongod, Sandakan dan Nabawan.

“Terdapat kira-kira 11,000 penduduk di Nabawan belum menerima vaksin dan kita akan fokuskan ke daerah ini bagi membantu KKM memberikan suntikan vaksin kepada warga Nabawan dan kita harapkan dalam masa terdekat penduduk di sana akan dilindungi dengan adanya suntikan vaksin ini,” katanya.

Tambahnya, setakat ini pihaknya sudah melakukan enam program seumpama termasuk di Long Pasia sebagai langkah membantu kerajaan mempercepa­tkan proses mencapai imuniti kelompok terutama di kawasan pedalaman selain memberikan kemudahan serta kelegaan kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) untuk memberi peluang kepada petugas kesihatan agar fokus terhadap tugas merawat pesakit di hospital.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Halim merasmikan Jalan Panglima di Kem Lok Kawi sempena Hari Ulang Tahun ke-2 Formasi 5Div di Kem Lok Kawi di sini semalam.
RASMI: Halim merasmikan Jalan Panglima di Kem Lok Kawi sempena Hari Ulang Tahun ke-2 Formasi 5Div di Kem Lok Kawi di sini semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia