Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ditahan cuba seludup keluar tong gas

Nilai keseluruha­n rampasan RM24,240 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas disyaki cuba menyeludup keluar tong gas bersubsidi ke negara jiran di laut berhampira­n Pelabuhan Tawau, di sini kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superinten­dan Polis Ridzauddin Selamat berkata tangkapan itu dilakukan kirakira jam 3.50 petang.

“Anggota PPM berjaya mengesan pergerakan bot suspek yang sarat dengan muatan sebelum menahan untuk membuat pemeriksaa­n.

“Pemeriksaa­n awal mendapati, terdapat seorang lelaki warga tempatan berumur 75 tahun yang bertindak sebagai juragan bot berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, pemeriksaa­n lanjut menemukan lapan tong gas disyaki cuba diseludup keluar untuk dijual ke negara jiran.

“Juragan terbabit juga gagal mengemukak­an sebarang surat dan permit kebenaran daripada pihak Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Suspek dan barang rampasan termasuk bot berserta enjin ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Ridzauddin berkata nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n berjumlah RM24,240 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“PPM Wilayah 4 Sabah menggalakk­an masyarakat pesisir pantai menyalurka­n sebarang maklumat sekiranya mendapati terdapat kesalahan undang-undang di sekitar mereka.

“Maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-9391197 atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089-983268,” katanya.

 ??  ?? RAMPASAN: Bot suspek yang cuba membawa keluar tong gas berkenaan ditahan di perairan berhampira­n Pelabuhan Tawau.
RAMPASAN: Bot suspek yang cuba membawa keluar tong gas berkenaan ditahan di perairan berhampira­n Pelabuhan Tawau.
 ??  ?? DITAHAN: Suspek terbabit ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan selanjutny­a.
DITAHAN: Suspek terbabit ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia