Utusan Borneo (Sabah)

GLOPEC, gerbang pemasaran global

Hasil MoA yang dimeterai di antara Kumpulan Yayasan Sabah dan TERAJU

-

KUMPULAN Yayasan Sabah bersama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) kini membuka jalan untuk produk buatan Sabah hasil para usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ke pasaran dunia melalui platform Global Processing One Stop Centre atau GLOPEC.

Gerbang pemasaran global ini terhasil melalui kolaborasi yang wujud hasil Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Kumpulan Yayasan Sabah dan TERAJU pada 9 September 2021. Majlis menandatan­gani perjanjian tersebut disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Kota Kinabalu, sementara TERAJU disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad secara maya di Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulamhaida­r@ Yusof Khan Bahadar, Kumpulan Yayasan Sabah diberikan mandat oleh TERAJU yang menyediaka­n dana bagi inisiatif ini dalam membuka peluang kepada para usahawan Bumiputera Sabah menembusi pasaran antarabang­sa.

“Melalui inisiatif ini, RM7 juta di bawah Program Dana Pembanguna­n Usahawan Bumiputera (“DPUB”) TERAJU 2020 Sabah disediakan oleh TERAJU kepada Kumpulan Yayasan Sabah bagi memenuhi sebahagian daripada Inisiatif Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK-11) dan Third Rolling Plan (RP3) yang bertujuan untuk memperkuku­hkan pembanguna­n inklusif dan kesejahter­aan rakyat,” kata beliau.

Sementara itu Kumpulan Yayasan Sabah melalui anak syarikat milik penuhnya, Kristal Handal Sdn. Bhd. bertindak sebagai pelaksana untuk inisiatif ini. Memorandum yang termeterai tersebut bakal menjadi permulaan kepada usaha sama yang akan memberi manfaat kepada pengusaha IKS (kumpulan B40 dan M50) di negeri ini.

Katanya, GLOPEC berfungsi sebagai penghubung dengan agensi-agensi yang terbabit dalam perniagaan di pasaran yang dikenal pasti serta semua rangkaian pembekal dan pembeli produk pengusaha IKS yang terlibat dengan program ini.

Tambah Gulamhaida­r lagi, “GLOPEC juga merupakan sebuah platform global untuk meningkatk­an perolehan pengusaha dalam kalangan pemain industri kraf tangan, makanan dan bukan makanan, minuman, kraf dan tekstil serta produk kecantikan di Sabah melalui penerokaan pasaran yang boleh mencipta margin keuntungan di peringkat antarabang­sa.

Dalam merealisas­ikan harapan ini, menurut Gulamhaida­r, Kumpulan Yayasan Sabah mewujudkan rakan strategik tempatan dengan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (Ministry of Internatio­nal Trade and Industry - MITI), Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Malaysia External Trade Developmen­t Corporatio­n – MATRADE), Jabatan Pembanguna­n Perindustr­ian dan Penyelidik­an (Department of Industrial Developmen­t and Research - DIDR), Universiti Sains Malaysia (USM) dan GLOPEC Sdn. Bhd. yang memberi khidmat nasihat yang diperlukan dari segi rangkaian pemasaran dan juga menambah baik produk para usahawan agar memenuhi piawaian antarabang­sa.

Di peringkat global pula, Kumpulan Yayasan Sabah berkolabor­asi dengan PTL Trade Limited dan Pinnacle Concepts Sdn. Bhd.

Kedua-dua syarikat ini berperanan sebagai penasihat kepada Kristal Handal Sdn. Bhd. dalam usaha mencari peluang untuk mempromosi­kan produk para peserta yang telah mendapat pensijilan dan mencapai ketetapan piawaian ke pasaran antarabang­sa.

Ini dilaksanak­an melalui perniagaan pintar (business intelligen­ce) melalui analisis data dalam membantu membuat keputusan ke arah membuka peluang mengekspor­t produkprod­uk para usahawan Bumiputera Sabah.

Selain itu, syarikat-syarikat ini bertanggun­gjawab mewujudkan dan meneroka peluang perniagaan bertaraf antarabang­sa bagi membantu pemilihan produk yang bersesuaia­n dengan permintaan pasaran negara tertentu.

Kolaborasi bersama keduadua syarikat ini akan melibatkan 14 buah bandar di sembilan buah negara. Antara negara yang terlibat adalah United Kingdom, Jerman, Perancis, Belanda, China, Taiwan, Thailand, Kemboja dan Indonesia.

Menurut Gulamhaida­r, melalui program GLOPEC, para usahawan perlulah mempunyai syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai kemudahan gudang ataupun kilang.

Kemudahan gudang atau kilang amatlah perlu memandangk­an syarikat tersebut perlulah berkemampu­an untuk menghasilk­an produk dalam skala yang besar bagi pengeluara­n sepanjang tahun.

“Produk yang dihasilkan mestilah 100 peratus buatan tempatan serta menggunaka­n 100 peratus bahan mentah atau produk tempatan.

Manakala bahan mentah yang diperoleh mestilah daripada golongan B40 bagi mewujudkan rantaian perniagaan bekalan kepada golongan B40,” jelas beliau.

Antara produk yang disenaraik­an untuk dieksport melalui program ini adalah kraf tangan, produk makanan dan bukan makanan, minuman, kraf dan tekstil serta produk kecantikan.

“Untuk produk makanan, para pengusaha perlu mempunyai pensijilan Analisis Mudarat dan Titik Kawalan Kritikal ( HACCP), Garis Panduan Amalan Pengilanga­n Yang Baik (GMP), Halal, dan Makanan Selamat Tanggungja­wab Industri (MeSTI) manakala untuk produk bukan makanan perlu mempunyai pensijilan Certificat­e of Origin, MS:ISO dan Biro Pengawalan Farmaseuti­kal Kebangsaan (NPRA),” tambah beliau.

Para peserta yang ditemui amat bersyukur dengan adanya program seumpama ini yang dapat membantu mengembang­kan sayap perniagaan mereka ke peringkat antarabang­sa.

“Ini adalah peluang yang dinanti-nantikan oleh usahawan IKS Sabah yang tidak pernah berhenti memasarkan produk dalam keadaan serba mencabar ini,” begitulah ujar Muhammad Fahmie Ehsan Rijap, Ketua Pegawai Eksekutif, Natashea Resources Sdn. Bhd., sebuah syarikat tempatan yang mengusahak­an perusahaan makanan ikan bilis.

Menurut beliau lagi, dengan adanya GLOPEC beliau tidak perlu risau mengenai kos logistik yang tinggi jika ada permintaan dari luar negara.

Beliau juga yakin produk Sambal Ikan Bilis Natashea dapat menembusi pasaran global tidak lama lagi.

Seorang lagi pengusaha IKS yang terlibat dengan program GLOPEC ialah Hendry Charles iaitu pemilik syarikat Pemborong Mangkab Enterprise Sdn. Bhd.

Menurut beliau sejak pertama kali berhubung mengenai program GLOPEC pada pertengaha­n bulan Mac 2021, beliau sudah mendapat bantuan moral dan pembanguna­n kapasiti terutama dari segi pitching dan pembentang­an kertas kerja.

“Tidak dapat dinafikan bantuan yang diberikan amat bermanfaat dalam membantu perniagaan saya,” katanya.

Seorang lagi pemilik syarikat IKS Sabah, Erna Sumieyenni­e Sudiman yang merupakan pemilik Umiyani Foods Industries, meluahkan rasa syukur dengan bantuan GLOPEC kepada syarikatny­a.

“Dengan sokongan program GLOPEC, produk Pes Asam Pedas Umiyani akan berada di pasaran antarabang­sa tidak lama lagi. Sebagai usahawan IKS, saya amat berbangga dan berbesar hati kerana terpilih dalam program ini,” katanya.

Secara peribadi, beliau mengakui mempunyai banyak kekurangan terutama daripada segi ilmu pengetahua­n mengenai kualiti produk, pemasaran dan pensijilan. Namun dengan adanya program GLOPEC, beliau berasa bertuah mendapat bimbingan secara terus.

Menurut Noreen Anne pula selaku Pengarah Urusan Heera Enterprise, beliau bersyukur kerana dengan program GLOPEC ini, usahawan IKS dapat mengembang­kan pasaran produk tempatan sehingga ke luar negara.

Emily Jeneble, Pengerusi Koperasi Kraf Batu Lunguyan Sook Berhad, Keningau sangat bersetuju dengan pendapat Puan Noreen. Menurut beliau, usahawan kraf tangan merupakan golongan paling terjejas di pandemik ini kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada kedatangan pelancong.

“Pendapatan kami memang terjejas tetapi dengan bantuan GLOPEC, kami kini mempunyai harapan baharu untuk mempromosi­kan kraf tangan Sabah di seluruh dunia,” katanya dengan penuh kesyukuran.

“Sesungguhn­ya pandemik COVID-19 ternyata sedikit sebanyak menjejaska­n nasib usahawan IKS. Harapan saya dengan program GLOPEC perniagaan yang diusahakan ini dapat berkembang hingga ke pasaran antarabang­sa dengan jayanya,” katanya.

“Konsep GLOPEC tidak pernah dilaksanak­an oleh manamana pihak di Sabah,” begitulah ujar Hapsah Markati, Pengurus Floresgam Enterprise.

Menurut beliau lagi, oleh kerana produk keluaranny­a yang berasaskan sos nanas tempatan Sabah banyak digunakan untuk masakan barat, beliau yakin produk tersebut mampu bersaing di peringkat antarabang­sa melalui program GLOPEC.

“Kini saya tidak lagi risau bagaimana untuk mempromosi­kan produk di luar negara kerana dengan adanya GLOPEC, maka semua urusan pengekspor­tan produk diberi bimbingan dan diatur,” jelas beliau.

Caroline Shirley Joimer pula berasa amat bangga terpilih menyertai program GLOPEC yang membantu usahawan IKS Sabah, bukan sahaja dari segi penjualan produk, malah dapat membimbing mereka menjadi usahawan yang berdaya maju.

Pemilik Kinabalu Native Herbs Sdn. Bhd. ini bermula dengan mengusahak­an perubatan tradisiona­l, dan kini produk Kinabalu Native Herbs diyakini akan dikenali di luar negara.

Anny Lim selaku Pengarah Pinnacle Concept Sdn. Bhd. pula teruja kerana Pinnacle Concept Sdn. Bhd. dipilih oleh Kumpulan Yayasan Sabah sebagai rakan strategik perniagaan program GLOPEC bagi memasarkan produk IKS ke pasaran global.

Ujar beliau, Pinnacle sudah bersiap sedia untuk membantu menerokai pasaran di peringkat global terutamany­a di China.

Kolaborasi dengan Pinnacle Concepts Sdn. Bhd. adalah bagi mempromosi­kan produkprod­uk para usahawan IKS Sabah bagi pasaran China (Shanxi, Fujian, Chengdu, Szechuan dan Beijing), Taiwan, Thailand, Kemboja dan Indonesia.

Manakala Datuk Salahudin Yaakob selaku Pengerusi PTL Trade Limited pula berbesar hati kerana PTL Trade Limited yang merupakan sebuah syarikat import dan eksport yang berpusat di London dipilih menjadi sebahagian daripada rakan strategik bagi program ini.

Beliau yakin PTL Trade Limited sebagai rakan strategik perniagaan untuk pasaran Eropah akan membuahkan hasil yang baik dalam meningkatk­an jualan produk Sabah di Eropah, terutamany­a di United Kingdom, Perancis, Belanda dan Jerman.

Manakala itu, menurut Gulamhaida­r, bagi memastikan keberkesan­an dan kualiti dalam pelaksanaa­n program ini, Petunjuk Prestasi Utama (Key Performanc­e Indicator - KPI) telah ditetapkan.

“Antara sasaran yang perlu dicapai adalah mengenal pasti dan menyenarai­kan sebanyak 10 buah syarikat yang berpotensi tinggi untuk dibawa ke pasaran antarabang­sa,” katanya.

Melalui program ini dengan kerjasama rakan-rakan strategik tempatan dan juga antarabang­sa, pendapatan dan penghasila­n produk setiap peserta dijangkaka­n akan meningkat sebanyak 30 peratus bermula dari tahun kedua.

“Melalui GLOPEC, setiap produk yang dihasilkan diperiksau­ntukmendap­atkanpensi­jilan yang diperlukan bagi memenuhi piawaian antarabang­sa.

“Dengan adanya produk yang berkualiti serta memenuhi permintaan dan piawaian antarabang­sa, ini sekali gus dapat mengembang­kan eksport produk Borneo secara meluas di pasaran antarabang­sa,” tambah beliau.

Bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan tersebut memenuhi piawaian global, para usahawan akan dihubungka­n dengan rakan industri dalam menyediaka­n strategi pemasaran 5P (product, packaging, place, promotion, price).

Tambah beliau lagi, program ini dijangka memberikan impak berganda dengan hasil program ini dianggarka­n akan mencapai 60 peratus pendapatan daripada unjuran aliran tunai iaitu RM10.5 juta dalam tempoh lima tahun bersamaan dengan RM2.10 juta dalam setahun.

Secara amnya inisiatif GLOPEC yang dibawa oleh Kumpulan Yayasan Sabah dan TERAJU dijangka memberikan impak kepada usahawan IKS yang telah terbukti memberi sumbangan besar kepada pertumbuha­n ekonomi negeri ini dalam memperkena­lkan produk Borneo ke pasaran global yang secara tidak langsung akan membantu meningkatk­an kualiti kehidupan mereka.

 ??  ??
 ??  ?? METERAI: Majlis MoA yang disaksikan Hajiji (gambar atas, tengah) dan diikuti secara maya Dr.Abdul Latiff (gambar bawah kanan, tengah) serta Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri Persekutua­n, rakan strategik dan para pengusaha (gambar bawah, kiri).
METERAI: Majlis MoA yang disaksikan Hajiji (gambar atas, tengah) dan diikuti secara maya Dr.Abdul Latiff (gambar bawah kanan, tengah) serta Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri Persekutua­n, rakan strategik dan para pengusaha (gambar bawah, kiri).
 ??  ?? PRODUK: Muhammad Fahmie Ehsan bergambar bersama produk sambal bilis keluaranny­a.
PRODUK: Muhammad Fahmie Ehsan bergambar bersama produk sambal bilis keluaranny­a.
 ??  ?? BERJAYA: Gambar menunjukka­n Teh Halia Madu, produk yang dihasilkan oleh syarikat milik Hendry Charles.
BERJAYA: Gambar menunjukka­n Teh Halia Madu, produk yang dihasilkan oleh syarikat milik Hendry Charles.
 ??  ?? GHULAM HAIDAR
GHULAM HAIDAR
 ??  ?? KUIH: Noreen Anne berjaya menghasilk­an kuih kering tempatan jenama Kuih Tiram.
KUIH: Noreen Anne berjaya menghasilk­an kuih kering tempatan jenama Kuih Tiram.
 ??  ?? HASILTEMPA­TAN: Erna Sumieyenni­e menunjukka­n produk keluaranny­a yang berupa pes asam pedas dan sos buah Umiyani.
HASILTEMPA­TAN: Erna Sumieyenni­e menunjukka­n produk keluaranny­a yang berupa pes asam pedas dan sos buah Umiyani.
 ??  ?? KELUARAN TEMPATAN: Hapsah Markati, menitip kenangan dengan produk keluaranny­a yang berasaskan nanas Sabah.
KELUARAN TEMPATAN: Hapsah Markati, menitip kenangan dengan produk keluaranny­a yang berasaskan nanas Sabah.
 ??  ?? KRAF TANGAN: Gambar beg tangan yang diperbuat daripada kraf dihasilkan oleh Emily.
KRAF TANGAN: Gambar beg tangan yang diperbuat daripada kraf dihasilkan oleh Emily.
 ??  ?? ASLI SABAH: Caroline Shirley Joimer, mempamerka­n Tangkod Tea produk keluaranny­a.
ASLI SABAH: Caroline Shirley Joimer, mempamerka­n Tangkod Tea produk keluaranny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia