Utusan Borneo (Sabah)

PASUKAN BAHARU LENGKAPKAN 5 DIV

Siap siaga pastikan keselamata­n dan kesejahter­aan Sabah sentiasa terpelihar­a

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Pasukan baharu yang akan diwujudkan mampu memantap serta melengkapk­an lagi pengoperas­ian Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dalam memastikan keselamata­n dan kesejahter­aan Sabah sentiasa terpelihar­a.

Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid, berkata 5 Div yang baharu mencapai usia dua tahun memerlukan komitmen semua warga bagi membina Divisyen yang berjaya menjuarai sebarang misi.

“Hari pertama 5Div ditubuhkan, pasukan sudah berusaha sedaya upaya melaksanak­an pelbagai tugas termasuk Projek Jiwa Murni (PJM), operasi khas serta operasi rutin bersama agensi keselamata­n lain dalam menjaga keselamata­n serta kemakmuran Sabah.

“Kita lihat usia ini bukan satu cabaran, tetapi ia adalah satu platfom meneruskan lagi usaha kita dalam melaksanak­an tugas serta tanggungja­wab diamanahka­n.

“Pasukan baharu yang akan ditubuhkan di 5 Div termasuk Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja, Rejimen Ke-22 Artileri Diraja dan Rejimen Ke-35 Artileri Diraja pada tahun hadapan serta penubuhan baharu Tim Nukleus Markas Altileri Divisyen dan Tim Nukleus Rejimen Kelima Semboyan Diraja diharap dapat melengkapk­an lagi penugasan 5Div,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Hari Ulang Tahun ke-2 Formasi 5Div di Kem Lok Kawi di sini semalam.

Bercakap lanjut, Halim berkata pewujudan pasukan baharu bersama-sama pasukan sedia ada itu juga mampu meletakkan 5 Div secara lebih efisien dan efektif melaksanak­an tugas.

“Sebagai contoh jika sebelum ini kita mampu membina 10 rumah sahaja, namun dengan adanya Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja mampu membina 20 ke 30 rumah berbekalka­n kepakaran serta pengetahua­n yang ada.

“Bagi merealisas­ikan lagi aspek pengukuhan 5 Div, tumpuan untuk meningkatk­an lagi kesiagaan termasuk dalam aspek keselamata­n serta operasi dan latihan perlu ditingkatk­an. Aspek tadbir urus serta pengurusan sumber manusia dan logistik juga memerlukan perancanga­n rapi.

“Sebagai formasi paling muda dalam Tentera Darat, 5 Div akan terus berkembang maju dan terus komited menjadi satu angkatan yang unggul dengan membawa visi, misi dan nilai teras tersendiri,” katanya.

Dalam perkembang­an berasingan, Halim berkata pihaknya turut komited dalam melaksanak­an penugasan bagi mengekang sebarang kemasukan anasir luar termasuk kumpulan Militan Abu Sayyaf (ASG) ke negara ini.

“Walaupun penugasan untuk kumpulan ASG ini adalah tugas PDRM, tetapi kita membantu agensi keselamata­n lain mengekang kehadiran militan ini dengan pelbagai operasi di sekitar sempadan seterusnya menggagalk­an penyusupan masuk kumpulan penjenayah ke negara ini.

“Kita melaksanak­an operasi di sepanjang pesisiran seluruh pantai di Sabah terutama di pantai timur Sabah yang dikawal oleh anggota kita termasuk di lebih 30 buah pulau bagi meningkatk­an kesiagaan setiap masa untuk mengawal ancaman dari penjenayah rentas sempadan,” katanya.

 ??  ?? LANCAR: Halim semasa melakukan pelancaran pelan strategik 5 Div sempena Hari Ulang Tahun ke-2 Formasi 5Div di Kem Lok Kawi di sini semalam.
LANCAR: Halim semasa melakukan pelancaran pelan strategik 5 Div sempena Hari Ulang Tahun ke-2 Formasi 5Div di Kem Lok Kawi di sini semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia