Utusan Borneo (Sabah)

Penghuni PTS merusuh tidak puas hati penghantar­an balik tertangguh

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Hampir 400 penghuni Depoh Tahanan Imigresen ( DTI) Kota Kinabalu merusuh selepas tidak puas hati proses penghantar­an balik ke negara asal tertangguh di sini semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Sabah ( Operasi) Masri Adul berkata kejadian jam 6.30 pagi itu bagaimanap­un hanya meloloskan diri dari lokap, namun tidak berjaya melepasi pagar lokap berkenaan.

“Hasil siasatan di DTI itu mendapati kejadian merusuh itu bermula di bahagian blok yang menempatka­n tahanan wanita berikutan tahanan wanita mengalami tekanan dan meminta agar mereka segera dihantar balik ke negara asal.

“Provokasi itu kemudian didengari di bahagian blok tahanan lelaki yang terletak berhadapan blok wanita sebelum tercetusny­a rusuhan kecil,” katanya semasa dihubungi semalam.

Menurutnya, rusuhan itu menyebabka­n tahanan di tiga blok lelaki bertindak merosakkan kunci mangga pintu lokap sebelum keluar ke kawasan lokap.

“Sebaik menyedari kejadian, pihak DTI segera memaklumka­n kepada pihak polis serta ibu pejabat imigresen negeri bagi mendapatka­n bantuan.

“Bertindak dengan kejadian seramai 70 anggota dan pegawai serta 40 anggota bahagian penguatkua­saan Jabatan Imigresen Malaysia ( JIM) dikerah ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata rusuhan kecil itu akhirnya berjaya dikawal melalui rundingan yang dijalankan oleh beliau sendiri bersama Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah.

“Dalam rundingan itu, kami menerangka­n secara lanjut kepada penghuni pusat berkenaan mengenai situasi sebenar berhubung proses penghantar­an semula yang terpaksa ditangguhk­an.

“Kita menjelaska­n penghantar­an balik itu ditangguhk­an atas permintaan pihak Kedutaan Filipina sendiri disebabkan beberapa perkara termasuk berkaitan penularan pandemik Covid- 19.

“Rundingan mengambil masa hampir sejam sebelum semua tahanan terbabit setuju dan kembali ke lokap masing- masing,” katanya.

Sementara itu, Masri berkata, pasukan polis akan menempatka­n seramai 30 anggota di DTI ini untuk tempoh beberapa hari bagi memantau keadaan di sini.

“Tiada sebarang kerosakan yang berlaku dalam insiden ini dan pemantauan juga akan dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya.

 ??  ?? RUNDINGAN: Masri dan Zaidi semasa melakukan rundingan kepada penghuni pusat.
RUNDINGAN: Masri dan Zaidi semasa melakukan rundingan kepada penghuni pusat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia