Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Malaysia diadakan dengan SOP ketat

-

KUALA LUMPUR: Persiapan sambutan Hari Malaysia 2021 yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 Sept kini mencapai 85 peratus, kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek.

Beliau berkata penganjura­n sambutan itu akan mengikut prosedur operasi standard ( SOP) yang ketat berdasarka­n nasihat daripada Majlis Keselamata­n Negara ( MKN) dan Kementeria­n Kesihatan ( KKM) bagi mengelak penularan jangkitan COVID- 19.

“Sambutan kali ini sama juga seperti sambutan Hari Kebangsaan lepas, tidak melibatkan penonton awam dengan kehadiran fizikal hanya melibatkan 63 orang termasuk Perdana Menteri dan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah,” katanya ketika ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan saluran TV1, RTM, semalam.

Mohammad yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia ( HKHM) 2021 berkata kementeria­n mengambil maklum keadaan semasa peningkata­n kes COVID19 di Negeri Di Bawah Bayu dan langkah- langkah awal diambil bagi mencegah penularan.

“Semua individu yang terlibat secara fizikal pada sambutan itu perlu lengkap dua dos vaksin COVID- 19 selain menjalani saringan calitan COVID- 19 tiga hari sebelum raptai sambutan diadakan. Kerajaan negeri Sabah turut menyediaka­n kemudahan klinik bagi memudahkan ujian saringan calitan COVID19 dijalankan,” katanya.

Sementara itu, ketika menjadi tetamu program Malaysia Hari Ini di TV3, Mohammad berkata tema Malaysia Prihatin masih dikekalkan pada tahun ini bersesuaia­n dengan perjuangan melawan pandemik COVID19, selain menyemarak­kan aspirasi Keluarga Malaysia yang diperkenal­kan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Seperti mana yang kita sedia maklum, jika kita dalam sebuah keluarga bahagia sudah tentu kita akan memperting­katkan kerjasama, komitmen dan keprihatin­an untuk sama- sama menjaga keluarga kita. Dengan komitmen yang tinggi ini, insya- Allah kita dapat menang melawan pandemik ini,” katanya.

Selain itu, Mohammad berkata sejajar dengan saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, sambutan Hari Malaysia juga bakal disambut di negeri- negeri lain di Semenanjun­g dan tidak tertumpu kepada negeri penganjur sahaja.

Katanya pelbagai pertanding­an dan program sambutan dianjurkan seperti pertanding­an deklamasi sajak secara maya, Joget Malaysia TikTok serta pertanding­an bercerita untuk kanak- kanak.

 ??  ?? MOHAMMAD
MOHAMMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia