Utusan Borneo (Sabah)

Keupayaan hospital di Sabah perlu diperkasa

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kesihatan diharapkan akan membantu kerajaan negeri untuk meningkatk­an keupayaan kemudahan kesihatan serta tenaga kerja bagi memerangi pandemik COVID- 19 di Sabah.

Mantan Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, keupayaan perubatan di Sabah perlu diperkasak­an memandangk­an terdapat laporan pada 6 September lalu yang menjelaska­n pesakit COVID-19 berusia 60 tahun ke atas tidak akan dipertimba­ngkan untuk dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi ( ICU).

“Berdasarka­n laporan itu, pesakit kronik tidak boleh dirawat seperti kegagalan buah pinggang, kanser dan pelbagai lagi yang berada diperingka­t terakhir juga tidak akan dimasukkan dalam ICU.

“Laporan itu turut menjelaska­n, ia merupakan polisi baharu hospital untuk kes- kes seumpamany­a,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Beliau berkata, perkara ini terjadi akibat pandemik COVID- 19 yang berpanjang­an seterusnya menyebabka­n keupayaan hospital telah mencapai tahap maksimum.

Katanya, keadaan itu bukan sahaja menyedihka­n tetapi juga menimbulka­n kemarahan dalam kalangan orang awam khususnya warganet.

“Oleh itu, kita seharusnya memberikan perhatian sepenuhnya kepada kebajikan dan kesihatan orang awam,” katanya.

Christina yang juga Ahli Parlimen Tawau turut mempersoal­kan mengapa mereka yang positif COVID- 19 dalam kategori satu dan dua diarahkan untuk kuarantin diri di rumah.

“Siapa yang boleh menjamin bahawa kesihatan mereka tidak merosot dan beralih ke kategori tiga, empat dan lima.

“Saya yakin, Jabatan Kesihatan Negeri ini telah menerima banyak laporan mengenai pesakit COVID19 yang meninggal di rumah sebelum ahli keluarga mereka sempat membuat panggilan kecemasan,” katanya.

 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia