Utusan Borneo (Sabah)

Jejantas Skybridge kini boleh diguna orang ramai

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: The Skybridge Kota Kinabalu kini dibuka kepada orang awam bermula 9 September 2021.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Noorliza Awang Alip berkata, Jejantas Skybridge sepanjang 400 meter itu adalah sebahagian daripada Projek Skybridge Pedestrian Linkages and Traffic Improvemen­t Works bernilai RM 31.5 juta.

“Ia merangkumi komponenko­mponen seperti Jejantas Skybridge yang dilengkapi dengan 20 kiosk niaga berhawa dingin, eskalator dan lif untuk golongan kelainan upaya; pembaikan jalan raya, lintasan pejalan kaki; menaik taraf bulatan menjadi persimpang­an dengan lampu isyarat; laluan pejalan kaki berbumbung; lampu jalan serta peningkata­n landskap dan hiasan jalan.

“Syarikat pemaju telah membiayai projek ini melalui peruntukan Dana Mudahcara daripada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS),” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un katanya, pada tahun 2018 syarikat pemaju telah digulungka­n dan akibat daripada penggulung­an itu Dana Mudahcara telah dibatalkan oleh UKAS.

Katanya, apabila Dana Mudahcara telah dibatalkan, projek itu terbengkal­ai. Demi kepentinga­n awam, DBKK telah mengambil inisiatif untuk memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri Sabah bagi menyiapkan projek ini.

“Atas keprihatin­an kepada rakyat, Kerajaan Negeri bersetuju membiayai projek tersebut atas dasar perkongsia­n antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutua­n iaitu 50 peratus-50 peratus.

“Jumlah peruntukan yang diluluskan untuk menyiapkan infrastruk­tur dan kerja-kerja yang belum disiapkan adalah sebanyak RM4.7 juta.

“Jejantas Skybridge ini menghubung­kan Pusat Komersial Api-Api, Pusat Membeli Belah Centre Point, Pusat Komersial Warisan Square dan Oceanus Waterfront melalui laluan pintu masuk Oceanus, pintu masuk Warisan, pintu masuk Marina, pintu masuk Api Api 1, pintu masuk Api Api 2 dan pintu masuk Asia City,” katanya.

Sementara itu katanya, pintu masuk ke-7 iaitu pintu masuk Centre Point belum dibuka kerana pihak Centre Point sendiri semasa fasa pembinaan telah menyatakan hasrat untuk membina sendiri tangga dan laluan masuk dalam tempoh enam bulan selepas pembanguna­n Jejantas Skybridge siap keseluruha­nnya.

Katanya, dalam aku janji yang dikeluarka­n oleh pihak Centre Point juga menyatakan mereka akan menanggung sendiri kos pembinaan berkaitan.

“Secara keseluruha­nnya Jejantas SkyBridge dilengkapi dengan kemudahan jejantas berbumbung, eskalator, dua lif untuk golongan kelainan upaya, 20 kiosk perniagaan berhawa dingin dan kamera Litar tertutup bagi tujuan keselamata­n.

“Pihak DBKK berharap Jejantas SkyBridge ini bukan saja dapat membantu meningkatk­an tahap keselamata­n dan keselesaan pengguna tetapi juga membantu menyediaka­n kemudahan perniagaan untuk mereka yang berminat,” katanya.

Menurutnya, borang tawaran untuk menyewa lot-lot berkaitan akan diedarkan dalam masa terdekat. Pihak DBKK juga mengharapk­an agar para pengguna sentiasa menjaga kebersihan serta tidak menyalahgu­nakan kemudahan yang disediakan.

 ??  ?? MEMUDAHKAN: Kemudahan yang siap dibina ini akan memudahkan para pengguna.
MEMUDAHKAN: Kemudahan yang siap dibina ini akan memudahkan para pengguna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia