Utusan Borneo (Sabah)

MILO® lancarkan Tin Edisi Terhad menghargai semangat Malaysia sempena Merdeka dan Hari Malaysia

-

KOTAKINABA­LU: MILO® meraikan kekuatan serta semangat takkan gentar rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia ini.

Menerusi kerjasama dengan jenama kreatif tempatan, Loka Made, MILO® telah melancarka­n Koleksi Tin MILO® Edisi Terhad 1.5kg 2021 yang mengungkap­kan pertalian erat antara MILO® dengan Malaysia, selari dengan tradisi tahunannya untuk menyebarka­n keceriaan dengan barangan koleksi yang dinanti-nantikan.

Pegawai Eksekutif Perniagaan - MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen, berkata tahun ini, tradisi ini telah diberikan suntikan nafas baharu dengan ciri Realiti Berperanta­ra (AR) buat julung-julung kalinya.

Katanya, selama lebih 70 tahun, MILO® tidak dapat dipisahkan lagi daripada kehidupan rakyat Malaysia. MILO® dengan kebaikan malt, susu dan koko serta gabungan enam vitamin dan tiga mineral penting membekalka­n tenaga untuk rakyat menghadapi hari.

Baik dinikmati sebagai minumum berkhasiat untuk sarapan pagi mahupun pelengkap juadah kegemaran Malaysia, rasa coklat malt ikoniknya menjadikan MILO ® pilihan nombor satu rakyat dari generasi ke generasi.

Ng berkata: “Kami bukan sahaja berbangga dengan MILO® yang kini menjadi sebahagian daripada warisan budaya Malaysia, menerusi kempen ini, kami juga ingin meraikan keberanian serta kegigihan yang membentuk semangat juara takkan gentar dalam diri rakyat.

“Sentiasa berada di sisi mengharung­i jatuh bangun bersama-sama, kami ingin mengabadik­an secebis kenangan kehidupan Malaysia yang bermakna dalam memorablia kami, sambil meneruskan sokongan kepada rakyat dengan membekalka­n kebaikan tenaga untuk melangkah lebih jauh demi menghadapi masa hadapan,” katanya.

Menampilka­n dua reka bentuk, Koleksi Tin MILO® Edisi Terhad 2021 meraikan cara unik rakyat Malaysia menikmati MILO® kegemaran mereka, sama ada di warung-warung tepi jalan (Edisi Warung) mahupun di kopitiam yang menggamit nostalgia (Edisi Kopitiam).

Pengarah Seni Loka Made, Jayee Lim, pula berkata: “Kami sedar bagaimana MILO® telah memperkaya­kan budaya makanan Malaysia. Memetik ilham ini serta kenangan manis rakyat Malaysia bersama MILO®, kami yakin tiada yang lebih unik dalam warisan budaya kita berbanding warung dan kopitiam.”

“Kami berbangga untuk berkongsi hasil karya kami dengan rakyat Malaysia, khususnya peminat MILO®, dan berharap mereka juga akan turut berbangga untuk memiliki ikonografi MILO® ini.

“Kami berharap dengan cara ini kami dapat memelihara warisan budaya kita. Semoga tin MILO® edisi terhad ini bukan sekadar menjadi kenangan buat generasi akan datang, malahan peringatan betapa MILO® sentiasa dekat di hati anakanak Malaysia,” katanya.

 ??  ?? NG SU YEN
NG SU YEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia