Utusan Borneo (Sabah)

Sinergi UMS-JAKIM-JHEAINS anjur webinar urus emosi menurut perspektif Islam

-

KOTA KINABALU: Sinergi di antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah telah berjaya menganjurk­an satu webinar bertajuk Peranan Psikospiri­tual Islam Dalam Kesihatan Jiwa baru-baru ini.

Webinar yang dipancarka­n secara langsung menerusi aplikasi Webex PIUMS dan media sosial rasmi Facebook ketigatiga agensi tersebut dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Dalam ucapan perasmiann­ya, beliau menekankan betapa pentingnya bidang Psikospiri­tual Islam bagi membantu masyarakat awam, sama ada bagi terapis, kaunselor, pendidik, imam, pegawai rundingcar­a, rakan sebaya dan selaku ibu bapa.

“Psikospiri­tual Islam mempunyai hubungan yang erat dengan soal kejiwaan, akhlak dan kebahagiaa­n diri manusia serta merupakan salah satu jalan penyelesai­an terhadap masalah kejiwaan dan pemikiran manusia yang bersifat kerohanian dengan mengenal diri, penyembaha­n dan pengabdian diri kepada Allah SWT dan dalam pembentuka­n akhlak terpuji.

“Walau bagaimanap­un, hal ini kurang dititikber­atkan oleh masyarakat sekarang yang terlalu mengejar keduniaan sehingga alpa terhadap unsur spiritual ini.

“Natijahnya, hal ini dapat melahirkan krisis kejiwaan dan kekosongan spiritual manusia zaman ini yang boleh mengakibat­kan kepada kesihatan mental yang negatif,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, pandemik COVID-19 yang melanda dunia khususnya di Malaysia telah memberi kesan yang sangat besar terutama dalam menguji kekuatan mental dan spiritual.

“Oleh itu sangat penting bagi kita untuk mendalami ilmu ini supaya kita dapat membantu diri sendiri khususnya dan membantu orang lain di sekeliling kita untuk sentiasa tenang dan rasional dalam melakukan sesuatu tidak kira dalam situasi apa sekalipun,” ujar beliau.

Webinar sehari itu menghimpun­kan lebih daripada 500 peserta, serta membariska­n panel-panel penceramah yang berpengala­man dalam bidang Psikospiri­tual Islam.

Antaranya Ketua Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidik­an JAKIM, Dr. Abdul Ghaffar Surip; pensyarah Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Che Zarrina Syaari; pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah; dan Pengarah PIUMS, Md. Razali Saibin.

Turut hadir dalam webinar tersebut Pengarah JAKIM Cawangan Sabah, Norjeli Dais dan Ketua Timbalan Pendaftar merangkap Presiden Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesiona­l UMS (PPUMS), No’man Ahmad.

 ??  ?? BERJAYA: Antara peserta Webinar Peranan Psikospiri­tual Islam Dalam Kesihatan Jiwa.
BERJAYA: Antara peserta Webinar Peranan Psikospiri­tual Islam Dalam Kesihatan Jiwa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia