Utusan Borneo (Sabah)

Shahril yakin pelantikan Muhyiddin dapat pastikan negara pada landasan betul fasa pemulihan

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Ketua ARMADA BERSATU Bahagian Beaufort, Mohd Shahril Osin yakin pelantikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri oleh Jemaah Menteri minggu lalu adalah satu tindakan yang tepat.

Mengulas lanjut Shahril berkata, Muhyiddin jelas mempunyai kemampuan dalam menerajui pemulihan negara memandangk­an beliau sendiri telah merangka beberapa strategi awal fasa Majlis Pemulihan Negara ketika memimpin kerajaan sebelum ini.

Tambah beliau, pelantikan Muhyiddin juga jelas menggambar­kan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin terhadap Muhyiddin untuk memulihkan semula kehidupan serta ekonomi rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Saya menyambut baik usaha yang telah diambil oleh kerajaan dengan melantik Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara memandangk­an beliau ( Muhyiddin) mempunyai kemampuan dan pengalaman semasa menerajui kerajaan sebelum ini.

“Beliau adalah pemimpin yang telah melaksanak­an beberapa strategi pemulihan semasa pandemik COVID-19 dan tidak dinafikan penglibata­n beliau (Muhyiddin) sebagai pengerusi akan dapat memastikan negara berada pada landasan yang tepat dalam fasa pemulihan ini.

“Sudah pasti segala perancanga­n pemulihan dapat berjalan dengan lancar dan mudah. Pada ketika ini pun kita sudah dapat melihat perubahan yang baik hasil program vaksinasi, jumlah pesakit COVID- 19 yang kritikal semakin berkurang, ertinya imunisasi yang digerakkan kerajaan sebelum ini berkesan, “katanya.

Minggu lepas, Jemaah Menteri dalam mesyuarat bersetuju melantik Bekas Perdana Menteri (Muhyiddin) sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri.

Setiausaha Jemaah Menteri yang juga Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pelantikan itu dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Pelantikan itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 ??  ?? MOHD SHAHRIL
MOHD SHAHRIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia