Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri puji usaha REPSOL bantu pesakit talasemia

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Usaha Syarikat Repsol Oil & Gas Malaysia Limited (REPSOL) yang terus menjadi penaja utama Persatuan Talasemia Sabah hampir sedekad menerima pujian Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Penglibata­n berterusan REPSOL dalam melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) untuk Persatuan Talasemia Sabah perlu dijadikan contoh organisasi lain.

Hajiji memuji usaha REPSOL itu sempena majlis penutupan Sambutan Hari Talasemia Sedunia 2021 Peringkat Negeri Sabah yang diadakan secara maya di sini Khamis lepas.

Terdahulu dalam majlis itu, Pengurus Kanan Perhubunga­n Pemegang Taruh REPSOL Ahmad Fakhrurraz­i Arshad berkata, penglibata­n dan penajaan REPSOL menerusi Kempen Kesedaran Talasemia sempena Sambutan Hari Talasemia Sedunia bermula selepas pihaknya mendapati Sabah adalah negeri yang mencatatka­n jumlah pesakit talasemia tertinggi di Malaysia.

Katanya, sehingga kini REPSOL menyumbang sebanyak RM360,000 untuk kempen-kempen seupama itu di negeri ini sejak 2013.

“Penajaan REPSOL untuk Persatuan Talasemia Sabah adalah untuk menyediaka­n satu platform bagi menyampaik­an maklumat dan kesedaran kepada masyarakat umum mengenai talasemia.

“Di samping itu, melalui majlis ini, pesakit-pesakit talasemia di daerah lain di Sabah turut berpeluang mendengar kaedah- kaedah dan penemuan perubatan baharu.

“Sehubungan itu, mereka dapat menambah pengetahua­n mengenai cara-cara pesakit talasemia boleh menjalani kehidupan yang sihat dan bermanfaat,” jelasnya.

Beliau berkata, selain dari menyokong dan menaja program tahunan Sambutan Hari Talasemia Sedunia, pada Januari 2020, REPSOL menaja seramai enam pesakit talasemia untuk latihan pendek bagi membina kemampuan dalam bidang bakeri.

Menurutnya, usaha itu membolehka­n pesakit talasemia yang ditaja memulakan perniagaan dari rumah masing-masing.

“Setiap peserta disediakan sebuah oven komersial dan bahan-bahan mentah sebagai gerak kerja permulaan mereka.

“Peserta-peserta ini dipantau untuk dinilai keberkesan­an objektif program iaitu untuk membolehka­n mereka menjana pendapatan yang lestari,” katanya.

Menurutnya, salah satu aktiviti sempena Sambutan Hari Talasemia tahun ini adalah pertanding­an membuat kek dan roti sebagai penutupan program pembanguna­n modal insan berkenaan.

Ahmad Fakhrurraz­i berharap kaedah atas talian yang diguna semasa sambutan berkenaan akan menyampaik­an maklumat dengan lebih pantas dan meluas dalam usaha menggerakk­an dan menyedarka­n segenap lapisan masyarakat.

“Usaha ini seterusnya akan membantu mencapai sasaran ‘Ke Arah Sabah Sifar Kelahiran Talasemia Major 2030’.

“Selain itu, tahniah kepada Presiden Persatuan Talasemia Sabah Francis Mujim serta semua AJK dari cawangan-cawangan daerah dan juga kepada Datuk Eddie Abdullah, wakil REPSOL di Sabah atas peranan beliau dalam menjayakan program bersama ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, REPSOL turut bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia ( KKM) dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia ( KPM) menerusi Kempen Talasemia NowyouSEEm­e di peringkat kebangsaan melibatkan 50 sekolah di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Majlis penganuger­ahan untuk sekolah-sekolah yang berjaya akan dijalankan pada 15 September ini.

 ??  ?? KERJASAMA: Francis (kiri) bersama Eddie (kanan) turut sama menyertai majlis penutupan Sambutan Hari Talasemia Sedunia 2021 Peringkat Negeri Sabah.
KERJASAMA: Francis (kiri) bersama Eddie (kanan) turut sama menyertai majlis penutupan Sambutan Hari Talasemia Sedunia 2021 Peringkat Negeri Sabah.
 ??  ?? UCAPAN: Ahmad Fakhrurraz­i ketika berucap sempena majlis itu.
UCAPAN: Ahmad Fakhrurraz­i ketika berucap sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia