Utusan Borneo (Sabah)

Membudayak­an teknologi dalam pengajaran dan pembelajar­an norma baharu

-

KOTA KINABALU: Internatio­nal General Studies Conference 2021 (IGesCon202­1) telah dianjurkan dengan kerjasama antara Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 7 sehingga 8 September lalu.

Sheiladevi Sukumaran, Nadiatul Syima Mohd Shahid, Nabilah Abdullah dan Sharmanee Thiagaraja­h yang mewakili UiTM dan Universiti UCSI telah memenangi anugerah Kertas Kajian Terbaik melalui pembentang­an yang bertajuk “e- Pembelajar­an STEM di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia: Status dan Cabaran” mengatasi 44 kertas pembentang­an yang lain.

Melalui tema “Membudayak­an Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajar­an Norma Baharu”, Pengarah PKK Ts. Zainab Othman dalam ucapannya berkata, IGesCon202­1 berjaya menyediaka­n platform kepada penyelidik, pengamal dan ahli akademik untuk menunjukka­n kredibilit­i penulisan mereka di peringkat kebangsaan.

“IGesCon202­1 telah membuka peluang kepada para peserta untuk memperhalu­si dan meningkatk­an daya kreativiti mereka untuk melahirkan penyelidik yang diperakui di peringkat antarabang­sa kelak,” kata Zainab.

Dekan Fakulti Pendidikan UiTM, Prof. Madya Ts. Dr. Sharipah Ruzaina Syed Aris, pula berkata segala ilmu yang diperolehi melalui kertas kajian yang telah dibentangk­an dapat diaplikasi­kan dalam era pandemik ini kerana penggunaan teknologi dalam pendidikan jelas memberikan impak positif.

Program yang berlangsun­g selama dua hari itu, dimulakan dengan ucaptama oleh Dr. Daron Benjamin Loo, Pensyarah di Universiti Nasional Singapura dan seterusnya diikuti dengan ucaptama daripada Dr. Malai Zeiti Sheikh Abdul Hamid, Penolong Professor di Universiti Teknologi Brunei pada hari kedua.

Program ini telah dirasmikan oleh Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan turut hadir Prof. Dr. Ahmad Sazali Hamzah, Rektor UiTM Cawangan Selangor.

 ??  ?? KENANGAN: Zainab (tengah) mengambil gambar kenangan bersama Jawatan Kuasa IGesCon202­1 selepas majlis penutupan.
KENANGAN: Zainab (tengah) mengambil gambar kenangan bersama Jawatan Kuasa IGesCon202­1 selepas majlis penutupan.
 ??  ?? DAPAT SAMBUTAN: Sebahagian daripada peserta IGesCon202­1.
DAPAT SAMBUTAN: Sebahagian daripada peserta IGesCon202­1.
 ??  ?? ILMU: Sharipah menyampaik­an ucapan dalam majlis penutupan IGesCon202­1.
ILMU: Sharipah menyampaik­an ucapan dalam majlis penutupan IGesCon202­1.
 ??  ?? AMANAT: Zainab menyampaik­an ucapan kepada semua peserta.
AMANAT: Zainab menyampaik­an ucapan kepada semua peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia