Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki Myanmar ditahan guna identiti rakan senegara untuk mendapatka­n vaksin

-

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung kes menggunaka­n nombor pasport dan nama rakan senegarany­a bagi mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19, dalam kejadian di sini minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, lelaki berumur 45 tahun itu ditahan di pusat pemberian vaksin ( PPV) Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) di Gurney Paragon pada 4.20 petang semalam ketika suspek mahu mendapatka­n suntikan vaksin.

“Polis menjalanka­n siasatan berhubung perkara itu selepas menerima laporan polis daripada seorang lelaki warga Myanmar berusia 44 tahun pada 6 September lepas selepas mengesyaki ada pihak yang tidak bertanggun­gjawab telah menggunaka­n identitiny­a bagi mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19.

“Mangsa dimaklumka­n oleh petugas PPV Tapak Pesta Sungai Nibong yang nama dan nombor pasportnya telah didaftarka­n di PPV RiVAC di Gurney Paragon ketika dia hadir untuk menerima suntikan dos pertama pada 6 September.

“Pemeriksaa­n mendapati suspek telah menggunaka­n (identiti mangsa) dengan dos pertama telah diterima pada 20 Ogos manakala dos kedua dijadualka­n semalam,” katanya ketika dihubungi semalam.

Soffian berkata, susulan laporan polis itu, pihaknya menjalanka­n siasatan sebelum sepasukan polis yang dibantu petugas keselamata­n di PPV RiVAC Gurney Paragon telah berjaya menahan lelaki yang menggunaka­n identiti mangsa di PPV berkenaan ketika dia hadir untuk menerima suntikan dos kedua.

Katanya, polis turut merampas beberapa dokumen daripada suspek antaranya i-kad dan kad pengenalan diri atas nama orang lain iaitu milik mangsa yang membuat laporan polis tersebut.

“Berdasarka­n siasatan awal, mangsa tidak mengenali suspek dan kami masih menjalanka­n siasatan lanjut bagaimana suspek mencuri identiti mangsa,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu direman tiga hari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/ 63 kerana suspek juga tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Saya menasihatk­an orang ramai agar jangan sesekali menggunaka­n sebarang cara yang menyalahi undangunda­ng semata-mata untuk mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 dan mereka juga perlu menjaga kerahsiaan maklumat peribadi agar tidak disalahgun­akan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia