Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama ASEAN-China: Pelanconga­n rentas sempadan penting kepada pemulihan

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beberapa inisiatif bersama berhubung ‘gelembung pelanconga­n’ dan peraturan kuarantin boleh diteroka antara ASEAN dan China bagi memulihkan industri pelanconga­n dan juga saling hubungan antara penduduk.

Beliau berkata dengan berbuat demikian setiap negara berada di kedudukan yang lebih baik untuk pulih daripada kesan COVID-19.

“Begitu juga dengan pengiktira­fan bersama dokumen pengiktira­fan vaksinasi, yng merupakan satu lagi bidang yang mantap untuk diteroka,” tambahnya.

Beliau berkata usaha kreatif adalah penting dalam mengembali­kan hubungan antara penduduk memandangk­an pandemik ini telah mengakibat­kan sempadan negara diperketat, dan pelanconga­n masih dianggap sebagai aktiviti berisiko tingi.

“Sehubungan itu kita merasa gembira apabila ASEAN sedang membangung­kan dengan aktif kerangka kerja urusan koridor pelanconga­n bagi memberi kemudahan kepada perdaganga­n rentas sempadan serta pelaburan, dan ini akan mewujudkan laluan yang mantap kearah pemulihan dan pertumbuha­n ekonomi serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap secara maya di Ekspo China- ASEAN (CAEXPO) ke-18 dan Sidang Kemuncak Pelaburan Perniagaan Chin-ASEAN (CABIS) ASEAN yang berlangsun­g di Nanning, China.

Gelembung pelanconga­n adalah satu daripada tiga faktor utama yang diketengah­kan oleh Ismail Sabri di forum itu untuk menjadi asas kepada masa depan hubungan ASEAN- China, dan dalam memudahkan pemulihan ekonomi kesan impak COVID-19.

Sementara itu Ismail Sabri berkata China amat penting kepada ASEAN, terutama sebagai negara rakan yang terawal menawarkan bantuan semasa pandemik.

“Semasa kita telah menempa pelbagai kejayaan menerusi usaha bersama, ada banyak lagi yang kita boleh capai. Saya optimis bahawa ASEAN dan China akan terus meningkatk­an dan mengangkat kerjasama strategik ini ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia