Utusan Borneo (Sabah)

10 peserta ke pentas akhir cabaran baca berita sekolah menengah 2021

-

KUALA LUMPUR: Sepanjang musim pandemik COVID-19, pelbagai aktiviti kreatif dan menarik dicipta oleh rakyat Malaysia termasuk cabaran membaca berita yang mendapat sambutan ramai sehingga tular dalam media sosial terutamany­a di Twitter dan TikTok barubaru ini.

Ramai yang mungkin menganggap membaca berita merupakan kerjaya yang mudah dan diselubung­i dengan dunia ‘glamour’ tanpa menyedari seorang pembaca berita perlu mempunyai kemahiran dan teknik tertentu bagi memastikan maklumat dapat disampaika­n dengan jelas.

Kesukaran dan cabaran kerjaya ini dirasai sendiri baru-baru ini oleh kira-kira 400 peserta Cabaran Membaca Berita Peringkat Sekolah Menengah 2021.

Penyertaan cabaran membaca berita yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Putrajaya Presint 11 (1) dan SMK Kubang Kerian dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dibuka secara rasmi pada 15 Julai lepas dan berakhir sebulan selepas itu.

Penolong penyelaras pertanding­an, Farizal Yusoff berkata pandemik COVID19 yang menyebabka­n pelbagai kekangan termasuk penutupan sekolah menuntut warga pendidik untuk lebih kreatif ‘ membangkit­kan’ keseronoka­n dalam pembelajar­an termasuk kegiatan kokurikulu­m.

“Pertanding­an ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada peserta tentang dunia kewartawan­an dan cabarannya apabila peserta sendiri yang memilih isu, menghasilk­an skrip berita, menyampaik­an dan menyunting video masing-masing yang berdurasi dua minit.

“Sebagai penganjur dan dengan tunjuk ajar daripada para juri jemputan, kita juga mendidik peserta supaya berhati- hati dengan berita palsu dan media palsu yang mampu merosakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Cabaran Membaca Berita Peringkat Sekolah Menengah 2021 yang diadakan dalam dua edisi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, selain bermatlama­t mencari bakat baharu dalam bidang media kreatif, turut menekankan aspek pemahaman dan kepekaan pelajar terhadap isu semasa.

Kesemua video penyertaan telah melalui proses penilaian tujuh juri profesiona­l yang terdiri daripada pensyarah universiti tempatan, ketua wartawan sebuah akhbar tempatan, penerbit serta penyampai berita tv dan radio yang memilih lima video terbaik bagi setiap kategori untuk berentap pada peringkat akhir yang akan berlangsun­g sepenuhnya secara maya.

Kehebatan 10 peserta ini di pentas akhir dapat disaksikan secara eksklusif di BERNAMA TV pada 9 malam, Ahad ini di saluran Astro 502, Unifi TV 631, MyFreeview 121 dan Facebook Bernama TV.

 ?? — Gambar Bernama ?? SAKSIKAN: Orang ramai boleh menyaksika­n Program Cabaran Baca Berita Sekolah Menengah peringkat akhir yang akan disiarkan di Bernama TV pada 9 malam, Ahad ini.
— Gambar Bernama SAKSIKAN: Orang ramai boleh menyaksika­n Program Cabaran Baca Berita Sekolah Menengah peringkat akhir yang akan disiarkan di Bernama TV pada 9 malam, Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia