Utusan Borneo (Sabah)

Arsenal perlu kutip tiga mata menentang Norwich malam ini

-

LONDON: Mikel Arteta mengakui perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal menentang Norwich malam ini ( Sabtu) ialah perlawanan ‘mesti menang’ selepas mereka memulakan musim liga paling teruk dalam 67 tahun.

Gunners gagal untuk menjaringk­an sebarang gol dan lolos sembilan gol dalam kekalahan yang memalukan kepada Brentford, Chelsea dan Manchester City.

Posisi Arteta sebagai jurulatih kini terancam, dan khabar angin menyatakan dia diberi empat perlawanan Liga Perdana untuk menyelamat­kan jawatannya.

Arsenal dibelasah 5-0 oleh City menandakan mereka kalah tiga perlawanan permulaan dalam satu musim buat kali pertama sejak 1954/1955 dan diburukkan lagi apabila pasukan lawan Tottenham duduk di puncak carta.

Prestasi mereka hambar sungguhpun sebagai kelab yang paling banyak berbelanja ketika tempoh perpindaha­n dengan sekitar 150 juta pound.

Arteta menjelaska­n pada Khamis kelab itu ‘tidak hampir pun dengan matlamat mereka’ namun dia enggan memberi alasan.

“Permulaan amat sukar dengan kecederaan, banyak isu COVID- 19 dan kami mengharung­i perlawanan yang amat susah. Kami perlu bermula semula sekarang, dengan harapan menyatukan semua pemain dan mula menang perlawanan,” katanya.

Bekas pemain tengah Arsenal itu dilantik sebagai jurulatih Emirates pada Disember 2019, ditanya sama ada perlawanan Sabtu adalah “mesti menang”.

“Ia sentiasa begitu di Arsenal. Tekanan dirasai untuk berada setinggi yang boleh dalam carta liga. Kami memerlukan kemenangan pertama. Kami akan bermain disaksikan penyokong sendiri jadi kami perlu melakukan sehabis baik.”

Arteta menjelaska­n kelab tersebut telah menjalani banyak perubahan orang dalaman sejak pelantikan­nya, 30 pertukaran sepanjang tiga tetingkap pemindahan, tetapi dia yakin dengan polisi kelab itu untuk menandatan­gani pemain-pemain muda.

“Ia sebuah projek yang kami percayai yang terbaik untuk masa depan kelab ini. Kami semua harus menggalas tanggungja­wab yang telah dipersetuj­ui kami dan kini kami perlu mengusahak­annya,” kata jurulatih Arsenal itu.

 ??  ?? ARTETA
ARTETA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia