Utusan Borneo (Sabah)

Serang bekas isteri, Boateng bersalah

Pemain Jerman itu mengakibat­kan kecederaan dengan niat serta mencemuh Senler

-

MUNICH: Pemenang Piala Dunia 2014 Jerman Jerome Boateng telah didenda 1.8 juta euro (RM8.8 juta) oleh mahkamah Munich selepas didapati bersalah menyerang bekas pasanganny­a tiga tahun lalu.

Denda itu ditetapkan oleh mahkamah Munich selepas Boateng disabit kesalahan mengakibat­kan kecederaan dengan niat serta mencemuh bekas teman wanitanya, Sherin Senler.

Pendakwara­ya Stefanie Eckert memohon hukuman penjara 18 bulan dan denda 1.5 juta euro (RM7.4 juta) ditangguhk­an ke atas Boateng dalam kes yang digambarka­nnya sebagai ‘hubungan toksik’.

Boateng, 33, minggu lepas menyertai kelab Perancis Lyon setelah sedekad bersama Bayern Munich, telah menyerang ibu kepada anak kembar mereka semasa percutian di Caribbean pada 2018.

Defendan menafikan segala tuduhan dan memberi keterangan selama dua jam.

Sebelum ini, bekas teman wanita pemain bola sepak itu telah menjelaska­n di mahkamah bagaimana Boateng menumbukny­a, menyebabka­n dia tidak dapat bernafas ketika berbalah ketika percutian mewah mereka.

Insiden tersebut berlaku dalam minggu Piala Dunia di Rusia, apabila Boateng bermain buat Jerman yang tersingkir pada peringkat kumpulan.

Ketika menampilka­n bukti, bekas pasangan Boateng menjelaska­n bagaimana dia telah “menekan mata saya dengan ibu jarinya, menggigit saya di kepala dan mengheret saya di lantai dengan rambut saya.”

Boateng telah mencemuhny­a dan memukul belakangny­a dengan “satu tumbukan kuat dan beberapa tumbukan ringan. Ketika itulah saya kehilangan nafas.”

Keputusan di Munich itu menambah babak tahun yang sengsara buat Boateng.

Pada Februari, seorang lagi bekas teman wanitanya, model Kasia Lenhardt, telah ditemui membunuh diri di sebuah pangsapuri di Berlin ketika Boateng sedang bermain untuk Bayern di Piala Dunia Kelab Qatar.

Dia serta-merta diberi kebenaran untuk pulang setelah berita kematianny­a.

Wanita berusia 25 tahun itu meninggal dunia enam hari selepas Boateng memutuskan hubungan mereka.

Selepas tampil 363 kali sepanjang 10 tahun bersama Bayern Munich, menang sembilan Bundesliga dan dua Liga Juara- Juara, kontrak Boateng tidak diperbahar­ui dan tamat pada Jun.

Sejak itu, dia menyertai Lyon.

Dia merupakan pemain penting dalam skuad Jerman yang meraih kemenangan Piala Dunia keempat di Brazil, namun tidak bermain untuk negaranya lagi sejak dibuang oleh bekas jurulatih pasukan nasional Joachim Loew pada Mac 2019.

Boateng masih meletakkan harapan untuk penampilan ke-76 di bawah Hansi Flick, pengganti Loew dan bekas jurulatih Bayern Munichnya, yang telah membimbing gergasi Bavaria itu kepada tiga kemenangan pada 2019/2020.

 ?? — Gambar AFP ?? PADAH: Boateng (kanan) bersama peguamnya menghadiri perbicaraa­n kes di Mahkamah Munich di selatan Jerman.
— Gambar AFP PADAH: Boateng (kanan) bersama peguamnya menghadiri perbicaraa­n kes di Mahkamah Munich di selatan Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia