Utusan Borneo (Sabah)

21 tahanan DTI merusuh ditahan

Hasil siasatan mendapati rusuhan berlaku di blok E dan F, penghuni wanita bertindak keluar dari sel mereka

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Polis menahan 21 penghuni Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Kota Kinabalu yang merusuh awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kesemua tahanan yang sudah dikenal pasti ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutny­a.

“21 tahanan warga Filipina termasuk 14 lelaki dan tujuh wanita berumur 19 hingga 46 tahun sudah dikenal pasti dan ditahan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati rusuhan berlaku di blok E dan F yang mana penghuni wanita bertindak keluar dari sel mereka dan berlegar di kawasan luar sambil membuat provokasi dan berteriak ‘usir, usir, usir’.

“Tahanan tidak berpuas hati berkenaan isu penghantar­an balik ke negara asal yang tertangguh disebabkan keadaan COVID-19 serta isu bekalan makanan tahanan.

“Pegawai bertugas cuba mengawal keadaan dengan menenangka­n tahanan wanita bagaimanap­un tidak diendahkan dan bertindak mengetuk dinding blok mereka menggunaka­n bekas makanan serta botol air,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu juga menyebabka­n penghuni blok lain terikut-ikut dengan rusuhan dengan keluar memecahkan mangga sel masing- masing menyebabka­n pihak DTI menghubung­i pihak polis untuk bantuan.

“Sebaik ketibaan pasukan polis penghuni kembali tenang dan akur dengan arahan yang diberikan dengan masuk semula ke sel masing-masing kira-kira jam 7.40 pagi.

“Saya juga bertemu dengan wakil tahanan yang juga ketua bahagian blok E dan F bagi meredakan keadaan,” katanya.

Tambahnya, antara nasihat yang diberikan kepada penghuni terbabit adalah perlu mematuhi semua peraturan di kawasan tahanan dan gunakan saluran yang ada untuk menyalurka­n masalah kepada pihak pengurusan pusat tahanan.

“Jangan ambil tindakan merusuh serta jangan rosakkan harta kerajaan termasuk bangunan pusat tahanan.

“Saya juga menasihatk­an tahanan terbabit untuk tidak melakukan cubaan melarikan diri berikutan keseluruha­n pusat tahanan sudah dikepung. Bersabar untuk menunggu proses penghantar­an balik ke negara asal masing-masing yang dijangka akan dilaksanak­an selepas pandemik COVID-19 reda,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, lapan blok masing-masing A, B, D, E, F, J, K dan N mengalami kerosakan pada bahagian mangga sel akibat rusuhan berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? RUNDING: Zaidi semasa melakukan rundingan kepada tahanan yang merusuh di DTI Manggatal di Kota Kinabalu.
RUNDING: Zaidi semasa melakukan rundingan kepada tahanan yang merusuh di DTI Manggatal di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia