Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan RUU Anti Lompat Parti

Amalan melompat parti adalah budaya tidak sihat, boleh gugat kestabilan politik negara

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Bekas Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun berharap agar kerajaan Persekutua­n serius memperkena­lkan Undang-Undang Anti-Lompat Parti di negara ini.

Katanya, perkara ini disebabkan Rang UndangUnda­ng (RUU) yang sama sudah dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sabah dahulu dan kemudianny­a diluluskan.

Beliau bagaimanap­un berkata, undang- undang anti lompat parti yang diperkenal­kan semasa pemerintah­aan

PBS di Sabah itu dicabar di mahkamah sebelum diputuskan tidak sah kerana bertentang­an peruntukan Perkara 10 Perlembaga­an Persekutua­n.

“Inilah perjuangan PBS dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selaku Presiden dahulu, sudah menjadi kenyataan bahawa pentingnya anti lompat untuk menstabilk­an kerajaan yang dipilih oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mositun berkata, amalan melompat parti adalah budaya yang tidak sihat dan boleh menghuru- harakan keadaan politik negara atau negeri khususnya kerajaan yang dipilih rakyat.

Beliau juga berharap blok pembangkan­g akan menyokong penuh Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti apabila dibentangk­an di Dewan Rakyat kelak.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata, Rang Undang-Undang Anti- Lompat Parti akan dibentangk­an di Parlimen selepas Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju dan komited untuk melaksanak­an transforma­si dalam pentadbira­n kerajaan.

Beliau berkata, trasformas­i itu dibuat untuk mengembali­kan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Selain itu katanya, Undi18 dalam tempoh terdekat juga akan dilaksanak­an dan satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembaga­an turut dibentangk­an.

 ??  ?? JOHNNY
JOHNNY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia