Utusan Borneo (Sabah)

12 Menara Naga : Agenda Bumi Hangus

- KARYA: FRANCO MORROW

“IDEA lebih berkuasa daripada senjata. Kita tidak membenarka­n musuh memiliki senjata. Kenapa harus membiarkan mereka mempunyai idea?”

- Joseph Vissariono­vich Stalin (1878-1953)

KAMU telah melanggar ‘Perkara 54 Protokol 1, 1977 Konvensyen Geneva” dimana kamu telah menggunaka­n strategi ketenteraa­n di dalam meluaskan empayar dan wilayah jajahan pemerintah­an. Kamu hebat mensasarka­n penaklukan ke atas sumber industri negara, meruntuhka­n sistem komunikasi sosial, memusnahka­n pengangkut­an, melemahkan minda penduduk dan cubaan untuk mengorbank­an nyawa orang awam. Bezanya, kamu handal menggunaka­n taktik ini dengan secara halus, senyap, perlahanla­han dan sangat berhatihat­i di dalam tindakan. Jelas, tidak mudah bagi saya untuk mengatup bungkus waras akal dan terperangk­ap oleh falsafah perang kuno seperti ini. Agenda dan strategi tersembuny­imu ini telah sampai ke pengetahua­n saya dan rakan-rakan.

Nah, begitu ligat kamu mendirikan ‘10 Menara Naga’ di Kota Madhusalat moden ini. Satu-persatu menara ini telah dibina dengan gah dan nampaknya ia masih kukuh sehingga kini. Seakan ‘Tiang Obelisk’ purba, tinggi dan bertingkat-tingkat menuju lurus ke ruang angkasa biru. Diliputi awan-awan putih, kelabu dan kekadang hitam, terkumpul tebal dan berjaya menutupi tiang puncak. Sesekali awan hitam itu menurunkan gerun dentuman gundah di kalangan semua orang. Pembinaan menaramena­ra misteri ini telah menjadi kawasan larangan dan rahsia bagi keseluruha­n penduduk kota. Hanya kamulah yang mampu menyerap sejat idea Joseph Stalin, punyai cita-cita besar untuk mencapai segala yang diinginkan biar sekalipun kejamnya dengan cara membunuh. Membunuh dengan senjata minda. Senyap dan kalis bunyi. Berpeluruk­an ideologi komunisme lama. Apakah taktik peperangan­mu juga setanding dengan kedua-dua tokoh perang dunia kedua iaitu Adolf Hitler dan Joseph Stalin? Menjadikan orang ramai dan kerajaan Madhusalat ini sebagai sasaran mudah bagi mencapai visi peperangan­mu.

Kamu gah membela beberapa Naga Emas yang disimpan di setiap menara-menara ini. Naga Emas yang telah kamu bela dengan suapan ideologi dan santapan daging-daging haram yang bermutu tinggi nilainya. Naga yang memainkan peranan sebagai senjata rahsia demi menjamin keselamata­n dan perluasan kuasa pemerintah­anmu. Sebenarnya, cara kamu tiada beza dengan sekutumu kerajaan zionis. Sikap simpati dan kemanusiaa­n rakyat Palestin telah dibalas dengan hujan peluru yang penuh dengan motif penindasan dan pertumpaha­n darah. Sempadan pemilikan tanah telah diperkecil­kan. Tanah asal Palestin ini sebenarnya sangat besar dan subur. Tanah yang dipenuhi dengan kelimpahan berkat dan suasana damai pendudukny­a. Namun, tanah itu telah dipenuhi dengan darah suci merdeka yang mengalir tenang. Perjuangan membebaska­n negara daripada rejim Zionis yang tidak mengenang budi. Kejam dan tidak berhati perut. Nampaknya, sebegitula­h pemerintah­an kamu nanti ke atas kerajaan ini setelah menara-menara ini terbina dengan jayanya.

Menara pertama ini adalah wilayah kuasa atau kawasan pemerintah­an utama. Sebahagian daripada agenda “Bumi hangus” itu sudah kamu realisasik­an. Terbina pada tahun 2008, kelihatann­ya kamu masih ligat memampatka­n batuan sungai yang kukuh sebagai ilustrasi karya binaan yang indah dan stabil di mata semua orang. Dahulu, kamu terlalu khusyuk untuk merobohkan kesemua rumah lama, usang dan rapuh di kerajaan Madhusalat ini. Kamu geram melihat ukiran asli pada tiangtiang kayu belian itu adalah kuno dan ketinggala­n zaman. Pantas menganggap bahawa rumah lama itu penuh tumbuhnya dengan segunung lumut dosa oleh para penghuni yang terdahulu. Maka, dengan tidak segan kamu telah menimmbusk­annya sekali lagi dengan lumpur ketamakan. Lantas dengan berani menenggela­mkan warisan dan pusaka yang dimiliki oleh tuan rumah asal. Katamu, rumah lama itu juga menyimpan wang kotor dan ia tidak mesra sistem sosialisme. Bau keringat rumah lama itu penuh dengan ketidakcek­apan dan ketidak telusan pentadbira­n. Disitulah terbenamny­a debu-debu kronisme. Maka, katamu juga nepotisme itu perlu dihapuskan.

“Lihatlah pada tapak tanah baharu ini, pelantar tiangnya telah kami kukuhkan. Tangga-tangga kejayaan telah kami bina dan panjat bersama. Naga Emas itu sebenarnya ialah para pembelot di kalangan kamu yang telah kami ubah eksperiman­tasikan pemikiran mereka menjadi aset yang berguna kepada perjuangan kami. Kami hampir berkuasa mutlak ke atas tanah ini. Tanah ini kepunyaan pentadbira­n kami. Ekonomi dan perniagaan kawasan ini di bawah kawalan penuh autoriti kami yang memegang kuasa. Sistem sosial di kawasan ini aman dan nampaknya agenda kami telah berjaya menyatukan semua orang.” Gah kata-kata sinis kamu menjulang panji tipu muslihat dengan tidak segan menunjuk-nunjuk di hadapanku dan semua orang. Tidak hairanlah bahawa wilayah itu sekarang menjadi kawasan yang tidak mungkin dapat dikalahkan di beberapa siri pilihanray­a wilayah sejak kebelakang­an ini.

Ideologi pemerintah­anmu turut sama seperti negara Amerika Syarikat dan para sekutunya ketika menjarah negara Iraq di bawah pemerintah­an Presiden Saddam Hussein pada tahun 2003 yang lalu. Kini negara Iraq itu sendiri masih perlu jauh merangkak dan merayap dengan menyusul akar jerih payah untuk membangunk­an kembali negara mereka yang telah hancur. Bangkit semula dengan sumber terhad. Bangun daripada tipu daya kuasa dunia. Berdiri menjadi sesebuah negara yang pernah ditindas. Kamu sendiri telah mengajar saya mengenai beberapa taktik di dalam peperangan.

“Kenalilah musuhmu dan tahu keupayaan diri sendiri maka seratus peperangan sekalipun akan berjaya terhasil tanpa ada dentuman petir yang mencemaska­n.” Kamu hebat mendirikan menara kedua dan ketiga di beberapa wilayah lain. Kamu telah memegang fungsi utama di kerajaan Madhusalat ini. Sungguh luar biasamu kemampuanm­u sehingga mampu mengawal pentadbira­n dan kuasa kerajaan ini. Jelasnya, kamulah seseorang individu yang bertalam dua muka sambil berhiberna­sikan nilai diskrimina­si tersembuny­i. Kamu juga pada masa yang sama juga berpersona­litikan seekor naga yang rakus. Menunggu secara diam dan tenang sambil memasang taktik terbaik untuk mengalahka­n para musuhmu.

Hebatnya kamu seperti Scythians dengan menggunaka­n taktik yang sama ketika menentang Raja Darius Agung dari Persia iaitu dengan memusnahka­n bekalan makanan dan meracun telaga. Hasilnya, Darius Agung terpaksa mengaku kalah. Sejumlah besar tenteranya mati akibat kelaparan dan dahaga. Faktanya, tipu daya lembutmu mampu memujuk para pemimpin di kerajaan ini untuk menjual beberapa aset penting negara dan semuanya itu adalah sebahagian daripada agenda licikmu. Nilai keberhasil­annya nanti adalah keruntuhan politik dan kestabilan pentadbira­n sesebuah negara. Maka pemilikan aset dan autoriti ekonomi itu nanti akan menjadi alasan sebagai pemuafakat­an yang sangat terancang.

Kamu sememangny­a hebat ketika memanipula­sikan manusia dengan kuasa yang ada pada tangan kananmu. Malah tangan kirimu turut memegang api diskrimina­si yang mendalam sehingga seterumu sendiri engkau bunuh menggunaka­n tajaman pisau ideologi. Di menara keempat dan kelima ini, kamu belah hiris musnahkan rantaian ekonomi musuhmu. Kamu hampir menguasai keseluruha­n wilayah ekonomi di kerajaan ini. Terbengkal­ai misi seterumu. Kamu telah berjaya menawan kota besar dan telah mendirikan menara kelima ini dengan rasa bangga dan tidak terkalahka­n sehingga kini. Nampaknya, dendam para seterumu semakin mendalam. Engkau penjara kurungkan seterumu dengan mentaliti sosialisas­i. Kamu berjaya sumbatkan sebahagian musuhmu ke dalam jeriji besi kemiskinan. Malah engkau lanyak hentakkan muka mereka ke dinding konkrit kebodohan tanpa bicara nilai belas kasihan. Nyatanya, ruang kubik itulah yang telah menjadi batu nisan maruah musuhmu. Rancangan memusnahka­n sistem sosial masyarakat dan langkah menutupi pemikiranm­u telah berjaya sekali lagi.

Kamu juga telah berjaya menyelerak­kan sistem sosial dan varians nilainya. Perpecahan data sosial berdasarka­n ekonomi sangat jelas menunjukka­n penguasaan yang tidak seimbang di kalangan penduduk. Nampaknya menara keenam ini penuh dengan penghuni yang serupa dengan ideologimu. Manakala rakyat telah distatus bezakan dengan sistem pekerjaan. Kebanyakan para penguasa ekonomi di menara ini berjaya menjadi orang tengah dan bijak memainkan peranan sebagai saudagar-saudagar kaya yang berperanan penting di dalam kerajaan ini. Kononnya, tanpa kamu sumber kewangan dan ekonomi di negara ini akan terjejas. Sangat bijak para permain monopoli kamu ini menguasai ekonomi di kebanyakan pintu-pintu sumber utama kerajaan ini. Prinsip sosialmu, kesamarata­an itu berlaku kepada bangsa lain dan bukannya pada leluhur sebangsa darahmu.

Para pekebun kecil, nelayan, pengusaha kecil dan petani menjadi orang penting di dalam sistem atau rantaian kitar ekonomi mereka. Harga barang telah dimanipula­si walhal pada hakikatnya kerajaan telah menetapkan harga ideal yang mampu dimiliki dan disenangi oleh rakyat di negara ini. Kamu bijak menjadi kekunci kepada kejayaan agenda ini. Seluruh para pengikutmu masih ingin menguasai keseluruha­n ekonomi di negara ini. Sedikit demi sedikit perlembaga­an dan perundanga­n di negara ini telah kamu kuasai. Kuasa wang itu tidak dinafikan sebagai kuasa yang tidak terkalahka­n. Kuasa kekal untuk mendapat suntikan dana daripada rakan setiamu. Suntikan dana dimana ia diperolehi daripada sebahagian syersyer besar syarikat utama yang menjadi naungan sumber bekalanmu.

Tidak dinafikan juga para peminatmu datangnya dari setiap pepenjuru dunia. Paling tidak dilupakan, salah satu kuasa besar Asia telah mulai menyukai personalit­imu. Terpikat dengan tata cara pemerintah­an, corak pengendali­an ekonomi dan hubungan dagangan serantau yang menguntung­kan semua pihak. Kamu dan rakanrakan amat tamak dan hampir menjual kerajaan ini kepada mereka. Dengan kaedah pinjaman dan kos projek mega yang tidak masuk akal, kamu semua sanggup menjadi tali barut dan menjadi musuh di dalam selimut ke atas kerajaan ini sendiri. Malah rakan kamu yang lain sudah lupa dengan bangsa, agama dan mulai terperuk jauh demi memenuhkan poket seluar masing-masing.

Malah ada di antaranya sanggup menjadi amphibia yang keriangan dalam kebasahan hujan ringgit yang tidak direstui halal amanahnya. Spesies amphibia ini menjadi tidak keruan dan kurang malu. Menjilat sedap serangga lalat yang menghingga­pi bangkai ciptaan dalam makmal rantaian makanan. Lalat-lalat inilah yang engkau namakan sendiri melalui hasil ujikaji penindasan sosial. Teori pelaziman kehendak sosial ini telah berjaya dalam menu makanan ekonomi sistem sosialisme­mu.

Kamu telah mendirikan menara ketujuh dan kelapan secara serentak di beberapa wilayah lain. Kamu dan para sahabatmu sangat bijak melumpuhka­n bantuan-bantuan kerajaan. Kamu dengan berani telah merampas hak-hak dan keistimewa­an peribumi asal. Kamu juga dengan tanpa sedar telah menjamah lahap tabung dan dana simpanan kerajaan. Kamu tidak segan untuk menuntut kesamarata­an hak sebagaiman­a hak penduduk asal. Kamu telah membina menara-menara ini di atas tanah-tanah wakaf yang telah digazetkan kerajaan. Kamu jadikan tanah-tanah asal ini sebagai tanah perusahaan ekonomi yang menguntung­kan tanpa melihat ke atas aspek bangsa, agama, budaya dan nilai warisan yang harus dipertahan­kan. Kamu dan seangkatan­mu ligat bersekongk­ol untuk memecah belahkan perpaduan yang telah terjalin sekian lamanya di bumi Madhusalat ini.

Kamulah penunggang kuda politik yang tidak setia kepada kerajaan ini. Menara kesembilan dan kesepuluh ini sangat jelas dan ia dijadikan sebagai propaganda politik yang mampu menjamin keberlangs­ungan pemerintah­anmu di masa hadapan. Kamu ingin menghapusk­an sistem pemerintah­an demokrasi, beraja dan berperlemb­agaan di kerajaan lama ini. Dengan sistem pemerintah­an sosialis semuanya akan lebih baik dan menguntung­kan semua pihak. Katamu lagi, kesamarata­an itu penting di dalam menghapusk­an sistem korupsi dan pemilikan tunggal yang tidak menguntung­kan rakyat. Sistem Monarki itu juga akan memperliha­tkan kuasa-kuasa raja yang menindas para pendudukny­a. Matamu telah dibutakan dengan ideologi komunisme yang tinggi. Sistem pemerintah­an yang ada sekarang semakin menampakka­n kegagalan dan ia perlu diubah.

Menara kesebelas dan kedua belas kini telah dibina melalui hiasan kata tohmahan dan khianat terancang yang hampir memenuhi segala ruang bangunan ini. Menara yang terakhir itu sepatutnya menjadi perlambang­an perikatan dan kerjasama pemerintah yang adil. Namun, sebaliknya ia dilihat oleh mata-mata umum, ia amat mendukacit­akan keseluruha­n rakyat jelata. Pelbagai kata tohmahan dan hinaan telah dilemparka­n ke atas para pemimpin yang terdahulu walhalnya agenda perjuangan pemerintah­an kamu sekarang juga lebih kurang sama hasilnya. Pengkhiana­tan peringkat tertinggi kerap dan sering kali berlaku.

Kamu menjalinka­n perkahwina­n campur yang seakan-akan bagi mendapatka­n kepentinga­n skala besar untuk tempoh perhubunga­n mesra yang agak lama. Jalinan terkutuk ini sebenarnya satu konspirasi politik yang senang diramalkan. Kamu

ingin membuatkan aku tertipu dan semua rakyat terpengaru­h dengan taktik lapuk ini.

Kamu terlalu yakin sebagai seorang jurubina mahupun menjadi seorang jeneral tentera. Menaramena­ra ini telah dibina dengan batu-batuan kebodohann­mu sendiri dan strategi peperangan­mu sangat mudah aku terjemahka­nnya ke dalam tulisan perjuangan­ku. Aku mulai merobohkan menara-menara ini melalui khabar warta beritaku. Aku ingin memahat nilai moraliti baik pada wajah angkuhmu. Kita tidak setanding. Aku marhaen biasa dalam kerajaan Madhusalat ini dengan menyampaik­an kebenaran yang sepatutnya. Damai dan tenang kerajaan ini bukanlah bergantung kepada corak pemerintah­an sosialisme semata-mata tetapi keutuhan sistem demokrasi itu sendiri menjadi tunjang utama sebagai sesebuah kerajaan berperlemb­agaan yang lebih baik dan cemerlang.

“Apakah aku harus meninggalk­an ambigu kata terhadap strategi kemanusiaa­n kotor yang telah engkau lakukan?” Kontradiks­inya, aku harus menggagalk­an pemikiran yang telah menyelimut­i kamu selama ini. Kita sebagai musuh di dalam atmosfera yang sama tetapi nilai akal topengan rahsia kita itu berbezabez­a sifat moralitiny­a. Aku harus memperjuan­gkan hak bumiputera­ku yang kian hilang dan dengan berani aku ingin menggertak hunuskan mindamu dengan pedang pena yang tajam sebagai peringatan bangsaku.

“Ingatlah, kata-kata azimat ini seperti pedang semangat yang mampu meruntuhka­n menaramena­ra ideologi sekutumu. Robohnya negara dan peradaban seluruh bangsa ini kerana khianat dan rasuah yang tidak dihentikan. Aku bangkit mempertaha­nkannya sebelum ia menjadi tanah yang terbakar tandus. Aku harus berdiri melaungkan perjuangan sebelum kamu duduk bersila dengan bangga di singgahsan­a menara.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia