Utusan Borneo (Sabah)

Bebanan elektrik berlebihan punca kebakaran berlaku

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mendedahka­n punca kebakaran rumah membabitka­n empat sekeluarga rentung di Penampang pada 7 September lalu disebabkan bebanan elektrik di tingkat bawah dan bebanan api (fire load) yang berlebihan.

Pengarahny­a Md. Ali Ismail berkata, keadaan itu menyebabka­n api merebak dengan lebih cepat dan jangkaan api bermula (soft time) adalah pada jam 2:32 pagi.

Katanya, mangsa dipercayai tidak berjaya menyelamat­kan diri kerana bahagian bawah rumah sudah dipenuhi api dan semua tingkap dan pintu keluar adalah berjerigi serta berkunci.

Beliau berkata, kejadian kebakaran membabitka­n kematian Matthew Wong, 50; Jecky Vun Kon Fung, 47; Brendan Wong, 18, dan Eric Wong, 15, menjadi isu hangat disebabkan isu tindak balas kecemasan serta tatacara penyampaia­n maklumat kecemasan kepada agensi tinda kbalas.

“Dapatan siasatan menunjukka­n terdapat empat panggilan yang diterima oleh pihak Pusat Panggilan MERS999, Melaka yang mana panggilan pertama yang diterima adalah pada jam 2:49 pagi dan panggilan yang kedua pada jam 2:49:02. Terdapat tiga Pusat Panggilan di seluruh Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Melaka dan Kuching yang mana salah satu pusat panggilan akan menerima panggilan kecemasan melalui panggilan 999.

“Pada peringkat awal petugas Pusat Panggilan MERS999 mendapatka­n empat maklumat asas iaitu berkenaan nama pemanggil, nombor telefon pemanggil, jenis kecemasan dan alamat lokasi kejadian dan maklumat tersebut telah disalurkan melalui Sistem Penghantar­an Terbantu Komputer kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM, Sabah dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang yang mana pihak JBPM menerima maklumat tersebut pada jam 2:52 pagi sebelum menggerakk­an sepasukan anggota bomba ke lokasi kebakaran tersebut,” katanya.

Md. Ali berkata, pada masa yang sama, petugas Pusat Panggilan MERS999 masih lagi meneruskan panggilan untuk mendapatka­n maklumat tambahan berdasarka­n Protokol Kebakaran yang mana maklumat tambahan ini disalurkan kepada PGO JBPM Sabah dari semasa kesemasa.

“Keadaan ini akan dapat membantu pihak JBPM merancang strategi tindak balas operasi sebelum panggilan tersebut dipanjangk­an kepada PGO JBPM Sabah.

“Untuk makluman, terdapat dua panggilan berkenaan kebakaran tersebut disambung ke PGO JBPM Sabah,” katanya.

Katanya, berdasarka­n rekod, pasukan bomba dari BBP Penampang tiba di lokasi kejadian pada jam 03:04 pagi.

“Kelewatan ini adalah diakibatka­n oleh Nota Panggilan (Call Sheet) yang dicetak tertera alamat yang tidak tepat yang diberi oleh salah seorang pemanggil pada awal pagi tersebut.

“Ini menyebabka­n pasukan bomba tersasar dan terpaksa mendapatka­n maklumat sebenar untuk ke lokasi kebakaran sebenar.

“Semasa ketibaan pasukan bomba, api sudah merebak di aras bawah dan atas rumah mangsa,” katanya.

 ??  ?? MD. ALI
MD. ALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia