Utusan Borneo (Sabah)

Syabu bernilai lebih RM1.4 juta dirampas di Tawau

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Polis sekali lagi berjaya merampas 41.195 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1,483.000 hasil serbuan di sebuah syarikat pengangkut­an di Jalan Sin Onn, di sini pada Khamis lalu.

Rampasan itu susulan tangkapan seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun yang membawa 303.155kg dadah syabu di Batu Payung, di sini pada Isnin lepas.

Rampasan dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah hari oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kesemua syabu yang dirampas itu hasil maklumat dan pandu arah suspek terbabit.

“Sebaik mendapat maklumat tersebut, pasukan polis menjalanka­n serbuan ke atas sebuah syarikat pengangkut­an yang disyaki tempat menyimpan saki baki dadah yang dirampas baru-baru ini.

“Hasil pemeriksaa­n, polis menemukan enam kotak yang mengandung­i 13 bungkusan plastik berisi disyaki dadah jenis syabu seberat 41.195kg di dalam sebuah kontena.

“Bagaimanap­un, tiada tangkapan dilakukan pada masa tersebut,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Terdahulu, polis berjaya merampas dadah jenis syabu yang disifatkan terbesar dalam sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Sabah.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dalam sidang mediannya baru-baru ini berkata, rampasan itu kejayaan terbesar PDRM Sabah melumpuhka­n sindiket pengedaran dadah di daerah ini.

Sementara itu, beliau menjelaska­n pihaknya akan menyiasat secara terperinci sindiket penyeludup­an dadah di negeri ini khususnya di Tawau.

Suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari dari tarikh ditangkap sehingga 15 September depan.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952, suspek boleh dihukum mati mandatori.

 ??  ?? RAMPAS: Sebahagian dadah syabu yang dirampas di syarikat pengangkut­an di Jalan Sin Onn, Khamis lalu.
RAMPAS: Sebahagian dadah syabu yang dirampas di syarikat pengangkut­an di Jalan Sin Onn, Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia