Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti pelanconga­n dibenarkan dengan SOP ketat

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Aktiviti pelanconga­n di Sabah kini dibenarkan dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kebenaran itu diberikan kepada semua destinasi dan tapak pelanconga­n beroperasi bagi pelancong domestik untuk daerah yang sama sahaja.

“Kebenaran ini termasuk pelanconga­n bagi destinasi yang dibenarkan melakukan gelembung perjalanan (travel bubble) daripada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19).

“Kebenaran ini hanya diberikan kepada pelancong, pengusaha pelanconga­n serta pekerja yang sudah menerima vaksin lengkap dan berstatus risiko rendah COVID- 19 dalam aplikasi MySejahter­a,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, operasi hotel dan penginapan juga masih dibenarkan seperti dinyatakan sebelum ini untuk pelanggan dalam daerah yang sama dengan syarat pelanggan dan pekerja hotel atau homestay (inap desa) telah lengkap divaksin.

“Bagaimanap­un penggunaan kemudahan penginapan seperti gimnasium, sauna, jakuzi dan bilik seminar masih tidak dibenarkan.

“Ketika ini, Sabah satu-satunya negeri dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) belum membenarka­n aktiviti pelanconga­n,” katanya.

Dalam pada itu, Sabah pada 10 September 2021 merekodkan satu kluster baharu melibatkan tempat kerja. Katanya, Kluster Sawit Perpaduan, Kinabatang­an berlaku di tempat kerja iaitu ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatang­an. Kes indeks merupakan pekerja kilang, lelaki, 34, warganegar­a Indonesia yang dikesan melalui ujian saringan RTK-AG di Hospital Kinabatang­an pada 30 Ogos 2021.

“Dalam saringan itu, kes indeks disahkan positif COVID19 dengan grading 100 peratus selepas bergejala sejak 26 Ogos 2021.

“Aktiviti persampela­n kontak seterusnya mendapati seramai 90 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut dijangkiti COVID-19,” katanya.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia