Utusan Borneo (Sabah)

Siasatan dakwaan pemerasan wang sedang dijalankan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Dakwaan pemerasan wang oleh anggota polis terhadap pasangan Indonesia sedang disiasat.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima satu laporan polis daripada pasangan terbabit yang ditahan semasa melalui pemeriksaa­n sekatan jalan raya selepas mendapatka­n vaksin di Pusat Pemberian Vaksin ( PPV) di sini.

“Kita memberi jaminan untuk menjalanka­n siasatan dengan lebih terperinci dan menyeluruh untuk mengenal pasti sama ada dakwaan berkenaan benar- benar berlaku atau sebaliknya.

“Polis juga akan memanggil saksi kejadian bagi membantu melengkapk­an siasatan lanjut sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya.

Menurutnya, kertas siasatan bagi kes ini dibuka mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan membabitka­n kesalahan pemerasan.

Dalam laporan sebelum ini, Pertubuhan Kemanusiaa­n Antarabang­sa Malaysia ( MHO) mengeluark­an kenyataan berhubung pasangan peserta program Kemanusiaa­n MHO itu yang diperas ugut ketika ditahan.

Pasangan terbabit menyedari dokumen pasport mereka sudah tamat tempoh namun berani untuk tampil ke PPV selepas kerajaan negara ini memberi jaminan setiap warga asing yang mendapatka­n vaksinasi tidak akan ditangkap.

Bagaimanap­un, mereka dibawa ke Balai Polis Penampang bagi tujuan menunggu majikan atau sesiapa saja yang ingin datang membebaska­n mereka dengan membuat bayaran sejumlah wang.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddi­n Hashim berkata, pihak MHO merakamkan jutaan terima kasih atas tindakan pantas PDRM dalam menjalanka­n siasatan.

Katanya, ia sekali gus menunjukka­n tahap profesiona­lisme yang ditunjukka­n PDRM dalam menangani isu ini sangat baik sekali gus menaikkan imej jabatan secara keseluruha­n.

“Siasatan yang berjalan dengan amat cekap, mesra dan berintegri­ti terhadap aduan ini amatlah dihargai.

“Mereka berharap, semua warga asing sama ada PATI atau individu tidak berdokumen akan berani lagi tampil ke Pusat Pemberian Vaksinasi ( PPV) berdekatan demi menyahut seruan kerajaan dalam mencapai Imunisasi Kelompok di Sabah dan seluruh negara amnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia