Utusan Borneo (Sabah)

Robert sambut baik pendirian Ketua Menteri

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Naib Presiden STAR Datuk Robert Tawik menyambut baik pendirian Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam yang menolak cadangan kerajaan persekutua­n memperkena­lkan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembang­an Agama Bukan Islam.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, akta yang dicadangka­n itu bertentang­an dengan syarat Sabah semasa pembentuka­n Malaysia.

“Dalam pembentuka­n Malaysia, syarat Sabah membentuk Malaysia adalah ‘ Ugama Bebas Dalam Sabah’ yang terdapat pada batu sumpah. Ini bermakna ianya telah dipersetuj­ui bahawa kebebasan amalan beragama bagi Negeri Sabah.

“Sudah tentu cadangan memperkena­lkan Akta Kawalan Dan Sekatan Pengembang­an Agama Bukan Islam akan ditentang dan tidak diterima oleh rakyat Sabah.

“Justeru, kerajaan Pusat perlu mengkaji dan mempertimb­angkan cadangan itu dengan mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak.

“Yang lebih penting sekarang, memperkuku­hkan perpaduan dan keharmonia­n rakyat dalam konsep Keluarga Malaysia,

“katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, konsep Keluarga Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah yang amat tepat dan sesuai untuk rakyat berbilang bangsa, kaum serta agama di negara ini.

Terdahulu, Ketua Menteri dalam kenyataann­ya berkata Kerajaan Negeri berpegang kepada prinsip kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63).

Kata Hajiji, Sabah juga menolak cadangan memperkena­lkan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembang­an Agama Bukan Islam, sebagai salah satu daripada empat undang- undang syariah baharu yang akan diperkenal­kan.

 ??  ?? ROBERT
ROBERT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia