Utusan Borneo (Sabah)

Hospital Tawau terima sumbangan 21 unit sistem pembersih udara

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Hospital Tawau menerima sumbangan sebanyak 21 unit sistem pembersih udara yang bernilai RM120,000 daripada Dewan Perniagaan Tionghua Tawau dan Persatuan Pertanian Tawau.

Sumbangan itu adalah dana terkumpul hasil daripada kutipan Tabung Bantuan Khas Hospital Tawau yang dibuat barubaru ini.

Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Tawau Chia Seong Fatt berkata, pihaknya melihat keperluan Sistem Pembersih Udara itu untuk digunakan di Hospital Tawau.

“Peralatan itu dilengkapi sinar ultra ungu ( UV) yang dapat membersihk­an udara terutamany­a di dalam wad lama tidak menggunaka­n penghawa dingin.

“Disamping itu, ia juga dapat memberikan persekitar­an yang lebih sihat, selesa dan dapat melindungi dari sebarang jangkitan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Chia berkata, masyarakat di daerah ini sangat prihatin dengan masalah kekurangan peralatan yang dihadapi oleh Hospital Tawau.

“Kami banyak menerima sumbangan daripada orang awam sejak tabung itu dilancarka­n dan ia membolehka­n kami membeli peralatan untuk disampaika­n kepada Hospital Tawau.

“Dengan sumbangan yang diberikan, kita dapat membantu pihak hospital merawat pesakit terutamany­a yang terjangkit dengan wabak COVID19,” katanya.

Menurutnya, sebahagian sumbangan berkenaan digunakan untuk membantu mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin ( PPV) sementara yang bertempat di Dewan Persatuan Bola Keranjang di Jalan Mawar.

“PPV yang baharu dibuka itu dilihat dapat membantu proses vaksinasi, sekali gus mewujudkan imuniti kelompok di daerah ini dengan cepat.

“Saya berharap semua penduduk yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 dapat datang ke PPV tersebut dengan segera walaupun tanpa membuat janji temu,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Hospital Tawau, Dr Pang Chun Shong menzahirka­n perhargaan dan terima kasih kepada penganjur Tabung Bantuan Khas kerana memberikan sumbangan itu.

Katanya, Hospital Tawau mengalu- alukan semua sumbangan daripada semua pihaknya terutamany­a dalam bentuk peralatan rawatan di hospital.

“Pembersih Udara yang disumbangk­an itu akan digunakan segera kerana ia memang sangat diperlukan ketika ini.

“Kami sangat menghargai semua penyumbang dan berharap masyarakat Tawau terus membantu Hospital Tawau dalam menangani wabak COVID19,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Chia (dua kanan) menyampaik­an sumbangan itu di Hospital Tawau.
SUMBANGAN: Chia (dua kanan) menyampaik­an sumbangan itu di Hospital Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia