Utusan Borneo (Sabah)

Pengantin baharu ‘rentas daerah’ rakam detik bahagia di Putrajaya

-

PUTRAJAYA: Peralihan status Lembah Klang ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) membolehka­n pasangan pengantin ‘ merentas daerah’ dari Kuala Lumpur untuk merakamkan detik kegembiraa­n mereka dengan berlatarbe­lakangkan panorama Putrajaya.

Usai melafazkan akad nikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) di Kuala Lumpur, Mohd Fauzi Amin dan pasanganny­a June Asmerahawa Minhad menuju ke Dataran Putra di sini untuk merakamkan detik indah mereka antaranya dengan latar belakang ikonik Putrajaya iaitu Perdana Putra dan Masjid Putra.

Lengkap berbusana pengantin berwarna putih berserta memakai pelitup muka, Mohd Fauzi, 29, dan June Asmerahawa, 33, yang tiba di Dataran Putra pada jam 6 petang menarik tumpuan pengunjung yang beriadah di lokasi tersebut dengan aksi romantis mereka ketika bergambar.

“Putrajaya memang terkenal dengan pemandanga­n cantik. Bila boleh merentas, kami buat keputusan untuk datang ambil gambar di tempat ini,” kata Mohd Fauzi yang menetap di Sentul kepada Bernama kelmarin.

Beliau tidak menyangka kegembiraa­n berpeluang ke Putrajaya untuk merakamkan detik indah itu juga hadir pada hari bahagianya kerana sebelum ini aktiviti rentas daerah adalah tidak dibenarkan dan terdapat sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri.

“Bila dah beralih masuk Fasa 2 (PPN) ini memang mudahlah urusan perkahwina­n kami kerana sudah tiada sekatan jalan raya, jimat masa perjalanan dan urusan lain,” katanya.

Pasanganny­a, June Asmerahawa berkata, beliau sebelum ini hanya bercadang untuk merakam gambar perkahwina­n mereka di sekitar ibu negara seperti KLCC dan Taman Tasik Titiwangsa.

“Bila rentas sempadan daerah dibuka kami terus datang ke Putrajaya kerana pemandanga­n di kawasan ini amat cantik,” katanya.

Beliau juga menzahirka­n rasa syukur apabila urusan perkahwina­nnya yang tertangguh sejak enam bulan lepas atas pelbagai halangan akhirnya dapat disempurna­kan.

“Majlis akad nikah pun berjalan lancar dengan ikut SOP ( prosedur operasi standard). Pasangan yang berkahwin di JAWI perlu buat ujian saringan COVID19 dan ia (SOP) ketat bagi memastikan tidak berlaku penularan COVID- 19 di tempat itu,” katanya.

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n penduduk Lembah Klang yang sudah melengkapk­an vaksinasi COVID-19 boleh merentas sempadan daerah bermula hari ini berikutan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa Dua PPN.

Ismail Sabri berkata, kelonggara­n yang diberikan adalah sama seperti negerinege­ri yang telah memasuki Fasa Dua PPN termasuk kebenaran merentas daerah kepada individu yang lengkap menerima dua dos vaksin.

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungka­n sebagai satu kawasan jangkitan yang sama dan oleh itu pergerakan antara negerinege­ri berkenaan dibenarkan serta tiada lagi sekatan jalan raya.

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Mohd Fauzi bergambar bersama pasanganny­a June Asmerahawa berlatar belakangka­n Bangunan Perdana Putra di Dataran Putra Putrajaya selepas majlis akad nikah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) Kuala Lumpur, Putrajaya kelmarin. Kebenaran rentas daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula kelmarin nyata memberikan khabar gembira buat penduduk di Lembah Klang yang hampir sembilan bulan‘terkurung’ susulan pelaksanaa­n Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kebenaran tersebut dilihat menjadi ‘hadiah’ menarik buat pasangan pengantin baharu apabila dapat merentas daerah bagi merakam detik bahagia di Dataran Putrajaya yang terkenal dengan pemandanga­n yang indah terutama pada waktu senja.
— Gambar Bernama KENANGAN: Mohd Fauzi bergambar bersama pasanganny­a June Asmerahawa berlatar belakangka­n Bangunan Perdana Putra di Dataran Putra Putrajaya selepas majlis akad nikah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) Kuala Lumpur, Putrajaya kelmarin. Kebenaran rentas daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula kelmarin nyata memberikan khabar gembira buat penduduk di Lembah Klang yang hampir sembilan bulan‘terkurung’ susulan pelaksanaa­n Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kebenaran tersebut dilihat menjadi ‘hadiah’ menarik buat pasangan pengantin baharu apabila dapat merentas daerah bagi merakam detik bahagia di Dataran Putrajaya yang terkenal dengan pemandanga­n yang indah terutama pada waktu senja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia