Utusan Borneo (Sabah)

Perak anjur Minggu TVET secara maya terbesar

-

IPOH: Kerajaan Negeri kelmarin melancarka­n Minggu Teknikal dan Vokasional ( TVET) Perak 2021 secara maya terbesar di Malaysia bagi meningkatk­an kesedaran tentang peluang pembelajar­an serta kerjaya aliran itu.

Program yang bermula Isnin lepas hingga Ahad ini dengan tema ‘Satu Warga Satu Skil’ dirasmikan Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad bersama Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Saidi Mohamad Daud.

Saarani berkata, program anjuran Pusat Aspirasi Anak

Perak ( PASAK) dengan kerjasama Perak Eclat TVET ( PET) dan Ruang Cikgu Berhad (RCB) itu memberi tumpuan kepada pelajar sekolah, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan belia dalam komuniti meneroka, memahami, seterusnya mendaftar ke institusi TVET yang mereka minati.

Beliau berkata, 54 institusi TVET terlibat secara langsung dan hampir 9,000 peserta dari seluruh Perak mendaftar untuk mengambil bahagian setakat ini.

“Kita mahukan masyarakat yang mempunyai kepakaran dalam bidang khusus untuk memastikan pertumbuha­n ekonomi lebih jitu bagi negeri ini dan khususnya kepada anak-anak muda negeri Perak yang akan memikul tanggungja­wab di masa hadapan,” katanya dalam ucapan perasmian kelmarin.

Sementara itu, Ahmad Saidi yang juga Pengerusi PASAK berkata Minggu TVET Perak 2021 merupakan kesinambun­gan kepada usaha pusat itu melonjakka­n lagi bidang TVET kepada masyarakat.

“Saya mahu TVET ini dilihat sebagai pilihan kerjaya yang sama tara dengan bidang- bidang teoretikal dan mampu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka yang menceburi bidang ini,” katanya.

Minggu TVET 2021 menyasarka­n lepasan SPM, belia dalam komuniti, dan pelajar-pelajar yang masih dalam sekolah bagi memberikan pendedahan yang lebih awal untuk sebagai alternatif dalam perancanga­n pembelajar­an selepas tamat sekolah.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://www. tes. asia/ minggutvet­perak untuk jadual penuh dan maklumat lanjut mengenai minggu tersebut manakala laman https://www.tes.asia/ registrati­on untuk pendaftara­n peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia