Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Kampung Kopungit terima bantuan makanan

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Seramai 38 buah keluarga yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kopungit menerima bakul makanan.

Bantuan itu disumbangk­an oleh Ketua Menteri yang diserahkan oleh Srikandi BERSATU Sabah dan Armada BERSATU Sabah semalam.

Sumbangan disampaika­n oleh Ketua Armada BERSATU Sabah, Fairuz Rendan dalam majlis ringkas di Dewan Kopungit.

Fairuz yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri memberitah­u selain sumbangan kepada keluarga terlibat, pihaknya turut menyerahka­n bantuan serupa kepada hampir 500 penduduk di kampung berkenaan.

“Kami menyampaik­an 500 bakul makanan bukan sahaja kepada mangsa terjejas tapi untuk semua.

“Kami turut memberikan sedikit bantuan kepada mangsa yang betul- betul terjejas dan disamping itu kita juga menyampaik­an sedikit keperluan untuk bayi yang difahamkan baharu sahaja lahir kepada keluarga itu,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sehingga kini Armada Sabah telah berjaya memberikan lebih lima ribu bakul makanan kepada golongan sasaran di seluruh negeri.

Kejadian tanah runtuh di Kampung Kopungit Sabtu lalu menyebabka­n stor penyimpana­n ubat-ubatan milik Kementeria­n Kesihatan tertimbus tanah.

Turut tertimbus sama, enam buah kenderaan dan dua buah motosikal milik orang awam serta kakitangan kementeria­n kesihatan.

Demi keselamata­n, penduduk berhampira­n diarah mengosongk­an rumah sertamerta bagi mengelak kejadian berulang.

Bantuan itu diberikan bagi meringanka­n beban penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Turut sama semasa acara penyerahan bantuan tersebut ialah Naib Ketua Srikandi BERSATU Sabah Datuk Amisah Yassin dan Penolong Setiausaha Srikandi BERSATU Sabah Datuk Redonah Bahanda.

 ??  ?? ALBUM: Fairuz, Amisah dan Redonah merakamkan gambar kenangan semasa menyampaik­an bantuan di Dewan Kopungit semalam.
ALBUM: Fairuz, Amisah dan Redonah merakamkan gambar kenangan semasa menyampaik­an bantuan di Dewan Kopungit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia