Utusan Borneo (Sabah)

Rasuah Busters disertai lebih 400 NGO

Penubuhan pasukan berkenaan satu kejayaan besar, berjaya tarik banyak NGO: Ketua pasukan

-

SHAH ALAM: Pasukan Rasuah Busters telah bekerjasam­a dengan lebih 400 badan bukan kerajaan ( NGO) yang besar dan kukuh sejak pelancaran pasukan tersebut, enam bulan lepas.

Ketua Pasukan Rasuah Busters Datuk Dr Hussamuddi­n Yaacub berkata susulan itu, beliau menyifatka­n penubuhan pasukan Rasuah Busters adalah kejayaan yang besar dan berjaya menarik banyak NGO menyertai gabungan pasukan berkenaan.

“Jawapan saya mudah, kita dah enam bulan (penubuhan), peringkat pertama adalah peringkat kesedaran dan saya kira dari segi itu kita sudah capai satu kejayaan yang besar kerana kalau tidak berjaya, tak akan ada 400 NGO termasuk NGO yang besar serta kukuh datang bekerjasam­a dengan kita,” katanya pada sesi soal jawab selepas Majlis Pelancaran Gerakan Politik #MalaysiaTa­npaRasuah di sini, semalam.

Dalam pada itu, ketika ditanya pandangan pihaknya berhubung tawaran kerajaan Persekutua­n terhadap tujuh Transforma­si Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin, Hussamuddi­n memaklumka­n Rasuah Busters menyokong tawaran tersebut.

“Apa yang ditawarkan oleh kerajaan Persekutua­n, itu yang kami (Rasuah Busters) mahukan dan sila laksanakan­nya. Mereka sendiri (kerajaan pusat) menawarkan tawaran tersebut dan parti pembangkan­g juga mesti menyokong,” katanya.

Dalam pada itu, seorang daripada moderator yang juga ahli gabungan Rasuah Busters, Timbalan Presiden Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) Badlishah Sham Baharin berkata, pendidikan rasuah harus dilaksanak­an secara formal iaitu melalui pendidikan di sekolah dan juga agensi penguatkua­saan.

“Pendidikan tidak formal harus bermula dari rumah. Kalau di rumah itu telah tertanam nilai-nilai murni dan bencikan dan perangi rasuah maka anak- anak sudah (terbiasa) untuk membawa nilai ini apabila di luar,” katanya.

Terdahulu, pasukan Rasuah Busters meneruskan misi membawa nilai transforma­si melalui inisiatif politik #MalaysiaTa­npaRasuah membawa enam tuntutan kepada ahli Parlimen iaitu pelaksanaa­n dan sokongan penuh ke atas Pelan Antirasuah Nasional (NACP); mempercepa­tkan pembentang­an dan pelaksanaa­n Akta Pembiayaan Dana Politik serta memastikan kebebasan dan ketelusan institusi antaranya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan

Jawapan saya mudah, kita dah enam bulan (penubuhan), peringkat pertama adalah peringkat kesedaran dan saya kira dari segi itu kita sudah capai satu kejayaan yang besar kerana kalau tidak berjaya, tak akan ada 400 NGO termasuk NGO yang

besar serta kukuh datang bekerjasam­a dengan kita.

Datuk Dr Hussamuddi­n Yaacub Ketua Pasukan Rasuah Busters

Peguam Negara.

Tuntutan keempat Rasuah Busters ialah memperkena­lkan dan mengadakan pilihan raya pecat sebagai alternatif kepada Akta Anti Lompat Parti; pelaksanaa­n dan pemerkasaa­n Undi 18 dan melaksanak­an reformasi Parlimen yang mana tuntutan itu dibentang oleh BERSIH 2.0; Gabungan Bertindak Malaysia; Center to Combat Corruption & Cronysm: Transparen­cy Internatio­nal Malaysia; Institute for Democracy and Economic Affairs dan Undi18.

 ?? — Gambar Bernama ?? MELANCARKA­N: Ketua Pasukan Rasuah Busters Datuk Hussamuddi­n Yaacub (tengah) bergambar bersama panel selepas Majlis Pelancaran Gerakan Politik #MalaysiaTa­npaRasuah di Seksyen 15 Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama MELANCARKA­N: Ketua Pasukan Rasuah Busters Datuk Hussamuddi­n Yaacub (tengah) bergambar bersama panel selepas Majlis Pelancaran Gerakan Politik #MalaysiaTa­npaRasuah di Seksyen 15 Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia