Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga mahu permainan rekreasi dibenarkan beroperasi semula di Meru Raya

-

IPOH: Sekumpulan peniaga barang permainan rekreasi di Bulatan Sultan Azlan Shah di Meru Raya di sini meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) membenarka­n semula aktiviti permainan rekreasi itu yang sudah empat bulan tidak beroperasi susulan kawalan pergerakan.

Wakil peniaga, Azrina Abdul Kadir, 38, berkata mereka menanggung kerugian kira- kira RM40,000 kerana perlu membayar sewa kedai yang dijadikan tempat penyimpana­n barangan dan membeli semula barangan alat ganti seperti bateri dan tayar yang sudah rosak disebabkan tidak lagi digunakan sejak Mei lepas.

“Sebenarnya sejak tahun lepas lagi perniagaan kami sudah terjejas disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kerana pandemik COVID- 19, tetapi kali ini kami memang terjejas teruk kerana tidak boleh berniaga sudah empat bulan dan langsung tiada pendapatan.

“Kami memohon supaya pihak yang berkaitan mengambil perhatian serius terhadap masalah ini supaya peniaga dapat bernafas semula,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Azrina berkata, pihaknya ada berhubung dengan pihak PKNP yang mengendali­kan tempat berkenaan memaklumka­n perkara itu masih dalam perbincang­an mengenai pelaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) tetapi sehingga kini tiada apa-apa pengumuman dibuat.

“Kami berharap pihak PKNP membuat pengumuman dengan segera supaya kami boleh beroperasi dengan SOP yang ketat asalkan kami memperoleh pendapatan semula,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelanconga­n negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi ketika dihubungi berkata kerajaan negeri tiada halangan untuk pembukaan semula aktiviti perniagaan itu namun pihaknya tertakluk kepada kesediaan pihak PKNP untuk membenarka­n perniagaan itu beroperasi semula.

“Kita telah meminta kepada PKNP untuk memberi tarikh memaklumka­n bila peniaga di situ dibenarkan berniaga semula,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMERIKSA: Azrina (kiri) memeriksa bateri permainan rekreasi yang rosak di kedai tempat penyimpana­n barangan di Meru Raya, Ipoh semalam. Peniaga barang permainan rekreasi di Bulatan Sultan Azlan Shah di Meru Raya meminta pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) membenarka­n semula aktiviti permainan rekreasi itu yang sudah empat bulan tidak beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
— Gambar Bernama MEMERIKSA: Azrina (kiri) memeriksa bateri permainan rekreasi yang rosak di kedai tempat penyimpana­n barangan di Meru Raya, Ipoh semalam. Peniaga barang permainan rekreasi di Bulatan Sultan Azlan Shah di Meru Raya meminta pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) membenarka­n semula aktiviti permainan rekreasi itu yang sudah empat bulan tidak beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia