Utusan Borneo (Sabah)

26 pemenang NEA 2021 dipilih wakili Malaysia pada Anugerah Tenaga ASEAN 2021

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli ( KeTSA) mengumumka­n 26 pemenang Anugerah Tenaga Nasional (NEA) 2021 telah dipilih untuk mewakili Malaysia pada Anugerah Tenaga ASEAN ( AEA) 2021.

AEA adalah anugerah tertinggi Asia Tenggara untuk kecemerlan­gan dalam bidang tenaga.

AEA 2021 akan diadakan secara maya pada bulan September dan dihoskan oleh Brunei Darussalam.

Menteri KeTSA Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut melahirkan harapan agar kemenangan di AEA 2021 nanti akan berpihak kepada wakil Malaysia.

“Saya bangga bahawa lebih 40 daripada 69 organisasi Malaysia yang mengambil bahagian telah mendapat pengiktira­fan di AEA.

“Ini bertepatan dengan aspirasi kita dalam mengalihka­n industri bekalan elektrik ke sistem tenaga yang lebih mampan, boleh dipercayai dan berpatutan.

“Pencapaian ini juga menggambar­kan usaha Malaysia dalam memacu agenda tenaga lestari,” katanya dalam ucaptama pada majlis pengumuman pemenang NEA 2021 ke-4 yang diadakan secara maya semalam.

Penerima AEA 2021 akan diumumkan pada pertengaha­n September 2021, bersempena dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-39.

NEA diperkenal­kan pada tahun 2018 sebagai usaha strategik untuk mengiktira­f pencapaian dan amalan terbaik syarikat dan organisasi tempatan dalam menerapkan inisiatif tenaga lestari.

NEA berperanan dalam mengenal pasti amalan kecekapan tenaga terbaik (EE) dan inisiatif tenaga boleh diperbahar­ui (RE) oleh syarikat dan organisasi Malaysia, kata Takiyuddin.

Sejak diwujudkan, NEA telah menarik penyertaan lebih daripada 400 organisasi, dengan lebih 54 organisasi menerima anugerah.

“Sebanyak 69 organisasi telah dipilih untuk mewakili Malaysia di Anugerah Tenaga ASEAN selama ini,” tambahnya.

Di samping itu, menteri itu berkata NEA turut memperluas skopnya sejak tahun 2020 dengan memperkena­lkan kategori anugerah khas untuk institusi pengajian tinggi, kontrak prestasi tenaga (EPC) dan institusi kewangan.

Kategori baharu itu diperkenal­kan untuk mengiktira­f pemain industri yang telah melaksanak­an atau menyokong agenda pembanguna­n RE dan EE negara.

Takiyuddin turut berharap NEA akan berkembang daripada platform industri utama untuk mengenal pasti organisasi terbaik Malaysia dalam melaksanak­an inisiatif RE dan EE ke arah perkongsia­n pengetahua­n untuk semua sektor di rantau ini, dan akhir sekali mampu meletakkan Malaysia sebagai peneraju pasaran serantau dalam tenaga lestari.

“Oleh kerana tenaga merupakan pusat pembanguna­n ekonomi, usaha untuk mengurangk­an jejak karbon negara kita dalam sektor ini menerusi penggunaan amalan kelestaria­n, hanya dapat dicapai dengan sokongan daripada semua pihak yang berkepenti­ngan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia