Utusan Borneo (Sabah)

Fasa Dua PPN: Putrajaya kembali meriah

-

PUTRAJAYA: Putrajaya kembali meriah dengan kehadiran orang ramai susulan kebenaran rentas daerah di Lembah Klang membabitka­n Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) kelmarin.

Bagaimanap­un, orang ramai dilihat tetap mengambil pendekatan berhati- hati dengan melakukan kawalan pergerakan kendiri.

Mohamad Sharifuddi­n, 35, berkata dia teruja dengan kelonggara­n yang diberikan namun mengingatk­an diri supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menjaga jarak fizikal dan memakai pelitup muka jika berada di kawasan orang ramai bagi mengelakka­n jangkitan COVID-19.

“Walaupun sekarang sudah boleh bebas bergerak dan rentas daerah tetapi orang ramai perlu ingat itu bukan bererti kita menang dalam melawan pandemik ini. Virus masih ada di sekeliling dan kita perlu menerima realiti hidup bersama virus COVID-19. Jadi, yang penting adalah sentiasa beringat untuk patuh SOP,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Mohamad, orang kurang upaya (OKU) berasal dari Kedah, berkata kesukaran bergerak tidak melunturka­n semangat untuk bersama anak dan isteri melakukan aktiviti luar pada hari minggu kerana terlalu lama terperuk di rumah sejak Jun lepas, namun masyarakat perlu bijak memilih lokasi.

“Selain itu orang ramai yang beriadah di luar buat sementara waktu ini lakukan aktiviti bersama keluarga dan saudara terdekat bukan dengan rakan-rakan. Bagi yang belum berkeluarg­a adalah lebih baik menjalanka­n aktiviti secara solo bagi mengurangk­an risiko penularan. Dapat melakukan aktiviti di luar dah cukup syukur jadi orang ramai harus memanfaatk­annya,” katanya yang tinggal di Shah Alam.

Sependapat dengan Mohamad, Nur Firdaus Abdul Rahim, 38, berkata orang ramai tidak alpa terhadap SOP walaupun kelonggara­n diberikan kepada pengunjung kerana negara belum betul-betul bebas dari COV

ID-19 dan aktiviti sepatutnya dilakukan bersama ahli keluarga berbanding berkumpul untuk tujuan lain.

“Selain itu, pendekatan peniaga di Putrajaya perlu dipuji kerana masingmasi­ng mengekalka­n SOP dengan membenarka­n dua orang satu meja. Memang lega dapat keluar beriadah bersama keluarga kerana sudah terlalu lama berada di rumah.

“Kelonggara­n ini satu nikmat yang besar, jadi orang ramai perlu manfaat dengan sebaiknya,” katanya yang menjalanka­n aktiviti berbasikal bersama kakak, abang ipar dan anak buah.

Tinjauan di beberapa lokasi awam yang menjadi tumpuan meriah dengan aktiviti joging dan berbasikal.

Anggota polis juga dilihat melakukan pemantauan di Taman Saujana Hijau Presint 11 kerana berlaku peningkata­n jumlah pengunjung bagi mengingati masyarakat sentiasa mematuhi SOP sama ada untuk aktiviti riadah atau pelanconga­n domestik.

 ?? — Gambar Bernama ?? SANTAI: Orang ramai melakukan aktiviti riadah ketika tinjauan di Taman Tasik Titiwangsa dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SANTAI: Orang ramai melakukan aktiviti riadah ketika tinjauan di Taman Tasik Titiwangsa dekat Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gamabr Bernama ?? KELONGGARA­N: Orang ramai melakukan aktiviti riadah berbasikal semalam selepas kebenaran rentas daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula kelmarin.
— Gamabr Bernama KELONGGARA­N: Orang ramai melakukan aktiviti riadah berbasikal semalam selepas kebenaran rentas daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia