Utusan Borneo (Sabah)

Misi Djokovic capai kejuaraan Kalender Grand Slam cerah

Djokovic akan bertemu Medvedev di Final Terbuka AS tatkala cuba mengatasi rekod Laver sejak tahun 1969

-

Hanya satu lagi perlawanan. Semua bersedia, mari kita

lakukannya.

NEW YORK: Novak Djokovic akan menentang Daniil Medvedev untuk cuba melengkapk­an kejuaraan Kalendar Grand Slam yang pertama sejak 1969 selepas menewaskan juara perseorang­an lelaki Sukan Olimpik Tokyo, Alexander Zverev di perlawanan separuh akhir kedua Terbuka Amerika (AS) pada Jumaat.

Djokovic, pemain ranking nombor satu dunia dan juga pilihan pertama kejohanan, menamatkan cabaran lawannya dari Jerman 4-6, 6-2, 6-4, 4-6 dan 6-2 untuk melangkah ke final menentang Medvedev, pilihan kedua kejohanan dari Rusia.

“Saya akan melihat perlawanan seterusnya seperti perlawanan terakhir dalam karier saya,” kata Djokovic.

Satu lagi kemenangan akan memberikan Djokovic, 34, kejuaraan Kalendar Slam pertama sejak Rod Laver melakukann­ya 52 tahun yang lalu.

“Hanya satu lagi perlawanan. Semua bersedia, mari kita lakukannya,” kata Djokovic. “Saya akan memberikan segala-galanya untuk perlawanan ini.”

Medvedev, melangkah ke final apabila menewaskan Felix Auger-Aliassime dari Kanada.

Medvedev, yang juga naib juara di sini pada 2018, melangkah ke final ketiga kejohanan Grand Slam dengan menewaskan pilihan ke-12 kejohanan, 6-4, 7-5 dan 6-2.

“Saya tidak fikir saya bermain di tahap terbaik hari ini tetapi saya benar-benar gembira melangkah ke final.” kata Medvedev.

Djokovic memburu rekod untuk memenangi empat kejuaraan Grand Slam pada tahun yang sama, kali pertama ia berlaku sejak Rod Laver melakukann­ya pada 1969.

Jaguh dari Serbia berusia 34 tahun itu juga memburu kejuaraan keempat di sini dan kejuaraan Grand Slam yang ke-21 dalam kariernya, membolehka­nnya memintas pemegang rekod bersama, Roger Federer dan Rafael Nadal, yang tidak beraksi di sini kerana kecederaan.

Medvedev, yang tewas kepada Djokovic di final Terbuka Australia awal tahun ini, ketinggala­n 4-5 menentang Zverev dan 3-5 menentang

Djokovic.

Djokovic menjadi finalis tertua di Terbuka AS sejak Andre Agassi pada usia 35 tahun pada 2005 dan mungkin juara tertua sejak Ken Rosewall pada usia 35 tahun pada 1970.

Dengan menewaskan Zverev, Djokovic akan menyamai rekod sepanjang zaman 31 final di kejohanan Grand Slam yang dipegang Federer. Djokovic memiliki rekod 2010 di final Grand Slam.

Zverev menewaskan Djokovic di peringkat separuh akhir perseorang­an lelaki di Sukan Olimpik Tokyo dan menafikan Djokovic peluang memenangi kejuaraan “Emas

Slam” - memenangi pingat emas Sukan Olimpik dan empat kejuaraan Grand Slam pada tahun yang sama.

Djokovic sudah menang 26 perlawanan berturut-turut dalam kejohanan Grand Slam, kurang empat kemenangan dari rekodnya sendiri dari 2015 dan 2016 apabila memenangi kesemua empat kejuaraan Grand Slam namun bukan pada tahun yang sama.

Medvedev memulakan permainan dengan meyakinkan dan memenangi set pertama selepas 38 minit permainan dengan pukulan servis kencang yang keenam dari 12 keseluruha­nnya.

Auger- Aliassime mendahului 4-2 pada set kedua tetapi Medvedev bangkit bergaya untuk menang 7-5.

“Saya tahu saya harus melakukan segala- galanya di tahap terbaik kerana pada mata ketinggala­n, saya tahu saya boleh menjejaska­n mentalitin­ya dan itulah yang berlaku,” kata Medvedev.

Pada set ketiga, Medvedev mendahului 2-1 dengan Auger-Aliassime jelas kelihatan hilang keyakinan dan hanya mampu menang satu mata selepas itu ketika Medvedev menguasai sepenuh permainan untuk mengesahka­n tempat ke final.

Auger- Aliassime, 21, mungkin menjadi finalis lelaki paling muda pada satu kejohanan Grand Slam sejak Juan Martin del Potro muncul juara pada 2009 di sini pada usia 20 tahun dan juga pemain paling muda menewaskan dua pemain teratas dunia pada satu kejohanan Grand Slam sejak Del Potro menewaskan Federer di final 2009.

Novak Djokovic Bintang tenis Serbia

 ?? — Gambar AFP ?? HORMAT: Djokovic (kanan) berjabat tangan dengan Zverev selepas tamat aksi perlawanan separuh akhir tenis lelaki di Kejohanan Terbuka AS di New York.
— Gambar AFP HORMAT: Djokovic (kanan) berjabat tangan dengan Zverev selepas tamat aksi perlawanan separuh akhir tenis lelaki di Kejohanan Terbuka AS di New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia