Utusan Borneo (Sabah)

Fernandez saksikan Leylah dari rumah

-

NEW YORK: Jorge Fernandez tidak akan menghadiri final Terbuka Amerika Syarikat (AS) di mana anaknya, Leylah akan menentang pemain Britain, Emma Raducanu kerana bimbang merosakkan rutin yang berhasil ketika ini.

Fernandez, bekas pemain bola sepak dari Ecuador, yang menjadi jurulatih kepada anak perempuann­ya, akan hanya menonton perlawanan di kediamanny­a di Florida, sama seperti selama dua minggu apabila Fernandez, 19, bertemu Raducanu, pemain kelayakan berusia 18 tahun untuk memburu kejuaraan perseorang­an wanita.

“Tidak, saya tidak akan ke sana (final),” kata Fernandez ketika memberitah­u wartawan di Terbuka AS menerusi sidang video. “Saya seorang sangat percaya kepada perkara karut. Begitu juga anak saya.

“Saya sudah menggunaka­n shampoo sama pada hari perlawanan,jenis seluar yang sama pada hari perlawanan, saya fikir stoking dan seluar dalam yang sama - ia sememangny­a satu tahap yang sangat berbeza.

“Ia bukan baharu. Anda mengikat tali kasut dengan cara tertentu. Saya dan Leylah sentiasa melakukann­ya apabila kami merasakan apa yang berhasil, jadi kami tidak merosakkan­nya.

“Ia berhasil, jadi lebih baik tidak merosakkan­nya.”

Raducanu adalah pemain kelayakan pertama yang pernah melangkah ke final satu kejohanan Grand Slam sementara Fernandez menyingkir­kan tiga dari lima pemain teratas ranking dunia untuk melangkah ke final.

“Kamu akan bermain menentang seorang lagi pahlawan. Saya tidak fikir tentang usia, siapa mereka atau kedudukan ranking,” kata Fernandez.

“Ia final. Biarlah begitu. Mari pastikan tidak kira bagaimana ia berakhir dan tiada rasa kesal.”

Dia mengimbau kembali kali terakhir menonton Leylah bermain di final.

“Saya di Acapulco apabila dia melangkah ke final dan dia tewas,” kata Jorge. “Saya benci dengan diri saya selama dua bulan selepas itu. Saya benar- benar tidak mahu bercakap mengenainy­a.

“Mereka berkata, ia hanya satu perlawanan, dia melangkah ke final.”

Namun dalam diri saya, ia seperti. “Tidak, saya seharusnya hadir. Saya tidak harus berada (hadir di final) di sana.”

“Ia benar-benar tentang kepercayaa­n karut. Dia tahu saya menyokongn­ya dari jauh. Saya berada di hatinya dan dia di hati saya.

“Semua orang sudah menontonny­a dari stadium,ia hebat sekali tetapi saya akan melihat dari rumah apabila kami makan malam dan kami berasa OK.”

Mereka juga sentiasa berhubung, dengan Leylah mendapat panggilan pada jadual ditetapkan, malam sebelum satu perlawanan untuk perancanga­n permainan, pagi keesokanny­a untuk keperluan latihan dan juga kata-kata semangat sebelum perlawanan.

Fernandez mengembang­kan daya tahan lasak sebagai pelajar sukan tenis.

“Semua itu datang dari menonton perlawanan tenis, beberapa perlawanan besar dalam rakaman YouTube,” kata ayahnya.

“Dia sentiasa menganalis­a apa yang berlaku. Dia pelajar yang hebat sukan ini. Saya fikir ia menghasilk­an apa yang kita lihat sekarang dan untuk dapat melakukan apa yang dia lakukan kerana menonton banyak rakaman.”

Fernandez dan Raducano memiliki keturunan dari Asia, Fernandez memiliki keturunan Filipina dari ibunya.

“Dua pemain remaja ini memberi inspirasi kepada ramai pemain remaja perempuan yang lain. Ini sememangny­a sangat bagus untuk sukan tenis,” tambah Jorge.

“Mereka membawa sesuatu yang sangat unik bagi mereka. Saya gembira mereka mempunyai jalinan dengan masyarakat Asia.”

 ?? — Gambar AFP ?? TANGKAS: Leylah ketika beraksi menentang Sabalenka dalam aksi separuh akhir tenis wanita di Kejohanan Terbuka AS di New York.
— Gambar AFP TANGKAS: Leylah ketika beraksi menentang Sabalenka dalam aksi separuh akhir tenis wanita di Kejohanan Terbuka AS di New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia