Utusan Borneo (Sabah)

Pegawai Perhubunga­n Awam perlu lengkap pengetahua­n, kemahiran PR Digital

-

KOTA KINABALU: Pegawai Perhubunga­n Awam ( PRO) perlu melengkapk­an diri dengan pengetahua­n serta menguasai kemahiran Perhubunga­n Awam ( PR) Digital.

Pengarah Penerangan Sabah Nadzerah Abdullah berkata, pengetahua­n serta kemahiran tersebut amat penting dalam skop tugas sebagai PRO seiring dengan keperluan perkhidmat­an masyarakat dalam era digital masa kini.

“Selain penulisan korporat dan media, PRO mesti menguasai kemahiran teknologi digital khususnya dalam media sosial.

“Paling penting, mereka perlu mempunyai kepekaan yang super tinggi dan super sensitif terhadap isu- isu semasa di jabatan tempat bertugas, di samping berkeupaya­an menganalis­is dan menyelesai­kan isu tersebut,” katanya.

Beliau ditemui media selepas mempengeru­sikan mempengeru­sikan Mesyuarat PRO JaPen Sabah Bil. 1/ 2021 di Kompleks Bersepadu Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( KKMM) Sabah di sini, pada Jumaat.

Beliau memaklumka­n, salah satu tugas PRO adalah mengurus persepsi dan aduan awam yang diterima dan membangun imej korporat organisasi mewakili fungsi- fungsi utama jabatan berkaitan.

Oleh itu, peranan PRO dilihat mustahak dalam setiap jabatan terutama dalam memberi nasihat, pandangan, meningkatk­an imej jabatan dan mengurus persepsi organisasi.

Menurut Nadzerah, mesyuarat dwitahunan yang diadakan dengan pematuhan SOP itu adalah sebagai platform penyaluran dan perkongsia­n maklumat di antara JaPen Sabah dengan jabatan tempat PRO bertugas.

“Kita membincang­kan program- program kolaborasi di antara JaPen dan di jabatan tempat PRO ditugaskan untuk memastikan program yang dianjurkan mendapat impak besar.

“Mesyuarat ini juga adalah sebagai medium dua hala dan sebagai saluran PRO dalam menyuaraka­n pandangan atau pendapat dengan idea yang bernas untuk kepentinga­n kedua- dua organisasi,” katanya.

 ?? ?? KENANGAN: Nadzerah (depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama PRO.
KENANGAN: Nadzerah (depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama PRO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia