Utusan Borneo (Sabah)

120 surat setuju terima akan diserahkan kepada syarikat dalam masa terdekat: Fadillah

-

KETEREH: Kementeria­n Kerja Raya ( KKR) akan menyerahka­n 120 surat setuju terima (SST) bagi projek pembinaan di seluruh negara yang peruntukan­nya telah diluluskan kerajaan Persekutua­n kepada syarikat terlibat dalam masa terdekat.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penyerahan SST itu selaras matlamat pencapaian awal 100 hari kementeria­n itu dalam melaksanak­an agenda pemulihan ekonomi bagi sektor pembinaan termasuk meningkatk­an infrastruk­tur rakyat dari aspek jaringan keterhubun­gan, keselesaan dan keselamata­n.

“Dengan penyerahan SST ini, ekonomi negara dapat digerakkan kembali supaya negara dapat balik kepada kedudukan dahulu kerana satu daripadany­a sumbangann­ya adalah melalui projek pembanguna­n termasuk jalan raya.

“Sebab itu, KKR turun melihat tapak projek untuk memastikan semua peruntukan yang telah diluluskan diberikan SST termasuk memastikan perjalanan projek berjalan lancar supaya peruntukan sampai ke peringkat akar umbi malah mencari penyelesai­an untuk tangani cabaran dihadapi semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak Projek Lebuh Raya Kota Bharu- Kuala Krai ( KBKK) bagi Pakej 2B: Ketereh ke Kok Lanas di sini semalam.

Mengenai perkembang­an projek KBKK bagi pakej berkenaan yang melibatkan laluan sepanjang 6.2 kilometer (km) dari Ketereh ke Kok Lanas itu, Fadillah berkata ia telah mencapai hampir 76 peratus proses pelaksanaa­n kerja dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei depan.

“Pakej 2B ini diberikan pertambaha­n masa dan dari segi perbincang­an yang kami lakukan, ia melibatkan cabaran keadaan semasa dan cuaca musim tengkujuh.

“Namun, kontraktor memberi jaminan untuk menyiapkan projek berkenaan pada Mei. Jadi sebab itu kita kena cari jalan untuk bantu di peringkat Jabatan Kerja Raya dan kontraktor bagi memastikan projek ini siap tahun hadapan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata KKR juga telah memuktamad­kan proses perolehan bagi tiga lagi subpakej untuk pelaksanaa­n projek KBKK pada tahun ini membabitka­n Kok Lanas-Machang-Bukit Tiu dengan laluan sepanjang 19.13 km, Kampung Berangan Mek Nab-Keroh (9.8 km) dan Keroh-Kuala Krai (8.6 km).

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Fadillah (dua kanan) melawat projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di tapak projek berkenaan dekat Kok Lanas, Ketereh semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Fadillah (dua kanan) melawat projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di tapak projek berkenaan dekat Kok Lanas, Ketereh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia