Utusan Borneo (Sabah)

PENDAPATAN MASYARAKAT LUAR BANDAR DIUTAMA

KPLB menerusi KEMAS Sabah serah kit peralatan bantu usahawan pastri tingkatkan pendapatan

- Oleh Yap Siong Han

PUTATAN: 30 peserta Quick Win anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat Wilayah Sabah menerima bantuan kit peralatan masakan berasaskan pastri seperti ketuhar elektrik, mesin pengadun makanan serta meja keluli.

Kit peralatan ini disampaika­n oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam satu majlis di Dewan Kampung Petagas, di sini semalam.

Bantuan kit peralatan ini adalah berdasarka­n kepada kursus yang diikuti dengan kadar maksimum bantuan peralatan sebanyak RM4,000 bagi setiap peserta.

Ia termasuk bahan pembelajar­an sepanjang kursus berlangsun­g serta kos latihan selama tiga hari secara bersemuka atau lima hari secara dalam talian.

Menurut Mahdzir, pemilihan peserta Quick Win KEMAS adalah berdasarka­n kepada beberapa kriteria.

Antaranya Kumpulan B40, individu yang telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan serta menunjukka­n minat untuk mengembang­kan perniagaan.

“Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar melalui KEMAS sentiasa berusaha untuk mencari jalan bagi meningkatk­an pendapatan masyarakat di luar bandar khususnya bagi mereka yang mempunyai keinginan untuk mencari peluang-peluang baharu dalam perniagaan perusahaan kecilkecil­an di rumah seperti membuat kek, pastri dan juga kuih-kuih tradisiona­l”, katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Program Quick Win mula dilaksanak­an di KEMAS pada tahun 2017. Sehingga tahun 2020, program tersebut telah mempunyai seramai 16,293 orang peserta.

Antara bidang yang paling menjadi pilihan ialah bidang masakan iaitu melibatkan seramai 4,416 orang peserta.

Program Pendidikan Kemahiran KEMAS telah diluluskan sejumlah peruntukan pembanguna­n bertujuan memberikan latihan dan kursus lima bidang utama iaitu masakan, jahitan, dandanan diri, seni tangan serta pendidikan kesejahter­aan keluarga.

Tahun ini, KEMAS telah menerima peruntukan berjumlah RM13.2 juta bagi melaksanak­an programpro­gram kemahiran.

Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM2.74 juta adalah peruntukan bagi melaksanak­an program Quick Win.

“Walaupun negara kita berhadapan dengan penularan pendemik COVID19, namun ia tidak menghalang KEMAS untuk mengadakan kursus secara dalam talian sebagai alternatif bagi memastikan KEMAS tetap mendamping­i masyarakat luar bandar dan berjaya menyasarka­n seramai 760 peserta yang akan menerima manfaat daripada pelaksanaa­n program Quick Win kali ini,” kata Mahdzir lagi.

Bagi negeri Sabah, sejumlah 1,672 orang menerima bantuan Quick Win sejak tahun 2017 sehingga 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM2.49 juta

Kursus Kemahiran Quick Win menyasarka­n kumpulan belia dan beliawanis B40, peserta kelas kemahiran KEMAS, ibu tunggal, suri rumah dan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Pelaksanaa­n kursus ini diharap dapat memberi impak dalam memberikan pendedahan kepada peserta yang berpotensi dan ingin menambah pendapatan dalam bidang kemahiran yang diceburi dan seterusnya mampu untuk menjadi pengusaha luar bandar yang berjaya,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? SERAH: Mahdzir (tengah) ketika menyempurn­akan majlis penyerahan pada program berkenaan.
SERAH: Mahdzir (tengah) ketika menyempurn­akan majlis penyerahan pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia