Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti lombong emas haram Lahad Datu terbongkar

- Oleh Vivi Olviana Najurus

LAHAD DATU: Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan Tabung Hidupan Liar (WWF) berjaya mengesan aktiviti melombong emas dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di sini.

Timbalan Komander PGA Briged Sabah Asisten Komisioner Toipi Lamat berkata, kegiatan yang dipercayai sudah dilakukan sejak 90-an itu dikesan sepanjang OBK yang dijalankan di Sungai Bole di Hutan Simpan Ulu Segama Malua.

“Bertindak dengan maklumat diperolehi, pasukan serbuan kemudianny­a menjalanka­n operasi yang terpaksa mengambil masa sehingga lapan hari perjalanan untuk tiba ke sungai berkenaan melalui Ladang Ongkor bermula pada 14 Ogos lalu.

“Hasil siasatan di lokasi berjaya mengesan aktiviti melombong emas secara haram di sepanjang kilometer satu sehingga kilometer lapan di Sungai Bole.

“Pasukan serbuan juga menemukan 103 lubang dan terowong yang aktif dipercayai baru dikorek di kilometer lapan,” katanya sambil menambah jumlah terbabit tidak termasuk lubang yang wujud di sepanjang lapan kilometer sungai berkenaan untuk aktiviti melombong emas yang dikatakan bermula sejak tahun 1990-an.

Menurutnya, pihaknya kemudian memusnahka­n enam kawasan melibatkan 14 pondok yang dijadikan penempatan sementara bagi pelombong haram berkenaan.

Tambahnya, pasukan operasi kemudianny­a keluar dari kawasan berkenaan pada 21 Ogos lalu dengan melalui jeram bagi membolehka­n laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Toipi berkata, pihaknya kemudian melancarka­n operasi masuk semula ke kawasan berkenaan bagi menjalanka­n siasatan terperinci.

“Sepanjang operasi berkenaan kita menemukan tiga ‘dump’ yang mengandung­i barang makanan, peralatan dapur, barangan peribadi serta peralatan melombong emas di kawasan berkenaan.

“Dump terakhir pula didapati mengandung­i senjata api termasuk bakakuk dan peluru hidup yang disimpan agak jauh dari penempatan pada 8 Oktober lalu.

“Setakat ini tiada tangkapan disebabkan pelombong haram berkenaan sudah keluar dari kawasan itu lebih awal sebelum serbuan dibuat,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan terhadap barangan yang ditemukan mendapati terdapat barangan wanita yang pihaknya percaya aktiviti melombong emas ini turut disertai oleh lebih daripada dua wanita.

“Hasil risikan juga mendedahka­n setiap satu kumpulan pelombong berkenaan berjaya menghasilk­an sehingga empat kilogram emas setiap kali aktiviti melombong dilakukan.

“Kita juga sedang menjalanka­n siasatan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam aktiviti melombong secara haram ini,” katanya.

Tambahnya, perbuatan melombong di kawasan ini bukan saja membabitka­n isu emas tetapi lubang dan terowong berkenaan turut membawa kemudarata­n kepada semua pihak.

“Lubang yang ditinggalk­an akan menyebabka­n haiwan terperangk­ap dan hasil risikan juga mendapati ada empat kematian didedahkan berlaku di kawasan itu setakat ini.

“Oleh itu, pihak Tiger Platun merancang untuk melakukan lebih kerap latihan dalam perkhidmat­an di kawasan ini selain cuba bekerjasam­a dengan pihak JPS sendiri bagi menghalang aktiviti ini berterusan,” katanya.

 ?? ?? HARAM: Terowong yang diwujudkan hasil daripada aktiviti melombong emas secara haram.
HARAM: Terowong yang diwujudkan hasil daripada aktiviti melombong emas secara haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia