Utusan Borneo (Sabah)

Suspek pecah rumah berjaya ditahan

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki melakukan aktiviti pecah rumah di Kampung Haji Matahir, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, lelaki terbabit dipercayai baharu sahaja memecah masuk sebuah rumah di Merotai.

“Sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Balai Polis Bombalai digerakkan untuk menjalanka­n operasi untuk menyiasat selepas menerima laporan.

“Semasa operasi dilakukan, polis mengesan sebuah kenderaan berwarna putih dalam keadaan mencurigak­an dipercayai dipandu suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, suspek yang panik dengan kehadiran polis cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap selepas berlaku sedikit pergelutan.

“Hasil pemeriksaa­n di dalam kenderaan berkenaan, polis menemukan dua beg berisi barang kemas dipercayai hasil kegiatan pecah rumah,” katanya.

Peter berkata, siasatan lanjut mendapati suspek turut terlibat dengan empat kes pecah rumah sebelum ini,” katanya.

“Dengan tertangkap­nya suspek terbabit, polis berjaya menyelesai­kan sekurangku­rangnya empat kes pecah rumah dan kedai di sekitar daerah ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Suspek juga memiliki rekod jenayah lampau iaitu Seksyen 448 Kanun Keseksaan melakukan penceroboh­an dan Seksyen 457 akta sama,” katanya.

 ?? ?? SUSPEK: Suspek pecah rumah berjaya ditahan bersama barang kes.
SUSPEK: Suspek pecah rumah berjaya ditahan bersama barang kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia