Utusan Borneo (Sabah)

Sabah terus catat penurunan kes baharu COVID-19

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sabah terus mencatatka­n penurunan kes harian COVID-19 dengan hanya merekodkan 504 kes baharu semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah itu adalah 135 kes lebih rendah berbanding 16 Oktober 2021. Ia merupakan angka terendah direkodkan sejak 22 Julai 2021.

“Sebanyak 15 daerah mencatatka­n penurunan kes, lapan daerah mencatatka­n peningkata­n dan empat daerah lagi mengekalka­n catatan sebagaiman­a kelmarin.

“Hanya satu sahaja daerah yang mencatatka­n peningkata­n dua angka iaitu daerah Tongod dengan penambahan 10 kes.

“Daerah-daerah yang mencatatka­n penurunan kes dua angka ialah Kota Belud 30 kes, Ranau 28 kes, Kota Kinabalu 20 kes, Kudat 17 kes, Putatan 14 kes, Sipitang 13 kes dan Keningau 10 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, tiada daerah yang merekodkan kes tiga angka dan kes tertinggi pada semalam direkodkan di Kota Kinabalu dengan 60 kes. Daerah-daerah lain mencatatka­n kes baharu dibawah paras 50 kes.

Katanya, daripada 504 kes yang dicatat semalam, 198 kes merupakan kes saringan bergejala atau kes-kes yang berlaku secara sporadik.

“Siapa yang menjangkit­i dan tempat jangkitan berlaku sukar dikenal pasti. Yang pasti ia satu petanda virus COVID-19 sudah berada dalam masyarakat secara berleluasa dan risiko jangkitan semakin tinggi.

“Sebanyak 291 kes yang direkodkan semalam adalah kes yang berlaku sepanjang 24 jam yang lalu.

“Selebihnya adalah kes-kes lama yang lewat daftar dua hari ke atas setelah keputusan saringan diketahui. Bagaimanap­un cuma satu kes yang didaftar lewat melebihi 5 hari,” katanya.

Daripada keseluruha­n kes semalam katanya, 92.06 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2, manakala 6 kes dalam Kategori 3, tiga kes Kategori 4 dan dua kes dalam Kategori 5 dengan 29 kes lagi masih dalam penilaian pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia